Nuffnang Top

Tuesday, July 30, 2013

7 Ogos Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal



Kuala Lumpur, 30 Julai : Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu  tarikh Hari Raya Puasa  ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, di sini.
Jawatankuasa itu akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi,  Tanjung Bidara, Melaka, Telok Kemang, Port Dickson, Bukit Melawati, Kuala Selangor, dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam  di Selangor, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan. - BERNAMA

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...