Nuffnang Top

Saturday, August 21, 2010

Lagenda Budak Sepi Ep. 1

"Bro. Cuba usha kooperasi sekolah. Ada aweks baru dow. 2 orang" Berkata si samdol.

"Wahh. Bagus strategi sekolah. Memang laku lah kooperasi sekolah lepas ni. Jom kita buat inspection." Berbalas pula si budak sepi.

"Jom"


Setibanya di pintu kooperasi.

"Not bad. Macam ni rajin lah aku beli buku latihan." Budak sepi.

"Weh. Memandangkan ko single. Aku cabar ko tekel dia." Samdol.

Dasar lelaki. Pantang di cabar. Lalu berkatalah si budak sepi yang bajet diri seorang player. "On. Kalau aku dapat tekel dia, apa ganjaran aku?"

"Aku bagi setin air coke" Samdol.

"Count me in." Budak sepi. Cabar punya pasal. On je.


Lalu mulalah naik carta kekerapan lawatan si budak sepi ke kooperasi sekolah pada setiap hari. Ada je benda yang nak di beli. Lepas tuu buat-buat tanya soalan. Dah banyak pemadam yang dah dibeli (kerana itu sahaja barang yang paling murah dekat situ. 20 sen.) Strategi approach ke kooperasi kurang menjadi, lalu strategi seterusnya mula di susun, dengan menulis surat ke empunya badan. Dulu budak lelaki zaman sekolah mana ada duit nak beli perfume. Sembur body spray je. Janji wangi. Kalau yang bau ketiak tuu, lu fikir lah sendiri ye.

Wahh. Surat di balas surat. Melawan dia. Pergh. Belum buka lagi dah bau harum. Camno mat. Tergugat iman. Sejak dari itu, budak sepi dan minah mula baik dan..... erm, kapel lah kot. Dua-dua mula menanam bunga di dalam hati yg memang sedia ada dgn taman.

Tapi, lama kelamaan, hubungan jadi dingin. Biasalah. Cinta munyet. Tak lama bertahan. Lagi-lagi nak SPM ni. Semua sibuk pasal SPM. Last-last. Hubungan mereka terputus begitu sahaja. Seperti tiada apa-apa. Tapi tak tahulah dari part perempuan. Apa yang dia rasa.

Lepas SPM. masing-masing happy. Sedih pon ada nak tinggalkan kawan-kawan yang dah bersama selama 5 tahun. Nervous? Pon ada. Sebab nak masuk alam baru lepas ni. Lalu pening lah si budak sepi memikirkan tentang masa depan beliau.


Sedang sibuk si budak sepi mengelamun sambil sandarkan pada kenangan, tiba-tiba,

*POW !* Runut bunyi seperti di hentak.

"Nah bro. Sebelum kita masing-masing chow dari sekolah, baik kita settle hutang masing-masing" Berkata si samdol.

"Ape ni weh?" Budak sepi.

"Air Coke. Ingat lagi kan deal kita? Kalau ko dapat tekel awek kooperasi sekolah tuu, aku bagi ko air coke. Entah kenapa aku baru teringat hari ni. Haha."


"......................" Budak sepi.







p/s: Kalau kita buat sesuatu yang tidak ikhlas, kemungkinan kesudahannya pon tidak berapa best. Padan muka. Kan dah jiwa kacau.

5 comments:

f A i said...

apalah nasib si budak sepi tu ye..sian dia..hihihi ;)

top_ace7 said...

Sama-samalah kita nantikan sambungan seterusnya ! haha.

f A i said...

huhu..orait..kisah bersiri rupanye..;p

top_ace7 said...

yezza. haha.

f A i said...

boleh jd novelis..hahaha..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...