Nuffnang Top

Wednesday, October 20, 2010

Pink coach? So Not For Men

Pergh. Bangun je pagi-pagi dah hujan. Memang malas lah jawabnya nak pergi kerja. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Hari tuu aku decide untuk naik KTM Komuter sebab hujan lebat sangat. Sekali masuk dalam train, aku rasa janggal, sebab ada banyak sticker aneh, bukan iklan, tetapi tertulis koc wanita atau ladies coach.



Aku yang dah berapa dekad tak naik komuter tidak mengambil enteng sticker tersebut. Balik je kerja, aku naik komuter lagi, dan dengar polis bantuan dekat rail menunggu tu bising-bising, lalu aku check it out yaww. Rupanya mereka sedang menghalau anasir-anasir lelaki dari menaiki gerabak tersebut yang juga menjawab soalan aku pagi tadi yang mana koc wanita itu hanya boleh di masuki oleh para gadis sahaja. Lalu aku terfikir, wajar ke benda ni di wujudkan?



Okay, mari kita lihat dari segi pro and con, we'll start from the pro first. Well, si gadis boleh di lindungi dari sebarang anasir jahat yang mahu meraba, merasa, mencolet atau segala men- yang boleh mendatangkan ketidak selesaan pada penumpang wanita. Even, kawan-kawan aku banyak yang kena raba dalam komuter. Diorang nak menjerit tapi takut dan trauma. Tapi kalau menjerit pun, nak buat macam mana. Dalam tuu dah memang macam tin sardin. Tak boleh nak buat apa-apa. Kecurian pun banyak. Kawan aku pernah kena seluk dan handphone beliau hilang. Tapi salah beliau juga tidak "aware" dan tidak menzip beg beliau. Kalau aku naik komuter atau lrt pun aku akan letak wallet aku di poket depan. Senang sikit aku nak libas kepala penyeluk bila peha aku terasa seperti di rangsang. Perempuan pun pada fitrahnya adalah insan yang lemah dari segi fizikal jika nak di bandingkan dengan lelaki. Kadang-kadang ada yang kena tolak, jatuh dan kadang-kadang, masing-masing tak nak tolong sebab dah letih bekerja dan nak cepat balik. Sekarang ni pon banyak foreigner yang bermastautin kat sini yang buat hal. Handphone member aku pernah kena sambar masa dia tengah sms dan pencuri yang lahanat itu terus cabut masa pintu train di buka. Member aku pon trauma ala-ala macam tengah stoned time tu. Tapi dah terlambat sebab pintu train dah tertutup.

Dari segi con pula, tak semestinya peraba, perasa dan pencolet itu di kalangan kaum lelaki ye dop? Ada gadis sekarang yang taste dia lain macam dan minat ke arah gadis juga. Dalam facebook tak dapat rasa, dalam train pon BOLEH ! Dan ada juga yang desperate nak duit, mencolet wallet dan duit. Dah tuu, tak kan nak tuduh lelaki juga ye dop? Lelaki kat gerabak lain kot ! Perempuan pon ada yang kuat (yang berbadan besar obviously) yang suka tolak-menolak, even lelaki pon kena smackdown. Ape kejadahnya? Tak semua lelaki tuu jalang, gentel-man dan gila mencolet. Ada yang baik dan respect orang. Kadang-kadang, dalam pengalaman aku naik public transport ni, lelaki yang banyak offer sit dekat golongan kurang upaya, orang tua dan even pada gadis yang lawa. Gentleman mungkin.

Idea ni dah lama dah ada pon. Dekat Jepun pun dah ada. Tapi kita kena fikir juga dari perspektif berbeza. Sebab yang jaga rules ni yang aku nampak dekat KL Sentral je di mana polis bantuan akan memantau siapa yang masuk koc tuu dan siapa yang mengada-ngada masuk memang menempah makian. Berbeza dengan stesen lain di mana tiada orang yang memantau siapa yang masuk koc itu. Kalau dapat improve perkhidmatan sama seperti lrt yakni mengurangkan masa menunggu (time delay bagi setiap train yang sampai bagi komputer ialah 15 minit, betul ke? Tak juga sebab aku selalu kena tunggu lebih lama dari itu.) Ye. Komuter berat dan lambat sedikit. Kalau macam itu tambah bilangan gerabak. Sekurang-kurangnya dapat menampung penumpang yang menunggu seperti perhimpunan aman di stesen KTM terutama yang mempunyai penduduk yang ramai seperti Shah Alam dan Subang Jaya.






p/s: Dalam kes aku tuu, aku serius memang tak tau pasal koc wanita tersebut. Masa nak balik ke rumah, aku hampir juga menaiki koc wanita itu, nasib baik dah nampak ada orang kena maki dulu dengan polis bantuan. Hahahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...