Dah lama tak outing dengan kawan-kawan secara beramai-ramai. Masa lepas sembahyang Jumaat si Putra tiba-tiba ajak cycling. Diorang pon nanti dah nak gerak pergi Serawak.
Macam biaso. Planning bagai tapi lambat jugak masing-masing sampai. Az terbangun lambat. Azran sesat jalan. Diba tertinggal purse. Aku awal beb. Siap sempat online pagi-pagi tu. Hahahaha. Disebabkan itu, kitorang terpaksa menunggu lebih kurang 40 minit untuk mendapatkan basikal sewa sebab pagi tu memang ramai yang menyewa basikal. Alhamdulillah, kitorang dapat juga sewa basikal. Cuaca cerah dan cantik. View cantik. Masing-masing enjoy cycling sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni.
Tengah hari lepas cycling, perut pon lapar, kitorang singgah makan tengah hari dekat kedai makan dekat Seksyen 7. Lepas tuu pergi swimming pulak dekat Pusat Akuatik Shah Alam. Murah sahaja. RM3 untuk indoor dan outdoor. Pool dia besar tapi orang agak ramai jugak lah. Tandas dia tak berapa nak baik sangat lah. Banyak yang rosak.
Dah settle mandi, kitorang pergi lepak dekat Pak Li Seksyen 7. Makan lagi. Biasalah, dah cycling dengan swimming, mestilah lapar gila. Balik rumah memang kaw-kaw penat gilak.
Overall memang enjoy. Best dapat outing dan buat activity dengan kawan-kawan. Dapat release tension and release the kraken! Hahahaha.
p/s: Lepas ni maybe pergi Skytrex. Layan dowh flying fox.