Nuffnang Top
Saturday, January 7, 2012
(Info) Forte vs Vios
Naza Forte ni, sebenarnya bukan dalam class Vios. Lawan yang sebenar ialah Corolla Altis, Proton Inspira dan Honda Civic.
Dari segi saiz badan, saiz kabin dan kuasa enjin, Forte mmg lawan Altis, Civic dan Inspira.
Tetapi, memandangkan Naza takde apa2 faktor tarikan lain, maka dijual dengan harga lebih murah iaitu sama level dgn Vios top spec.
Dari segi power - advantage Forte sebab dua enjin 1.6 dan 2.0 lebih kuat dari Vios 1.5.
Dari segi performance - advantage Forte sbb gearbox 6AT, Vios masih 4AT.
Dari segi handling - dua2 lebih kurang sama. Handling bukan keutamaan.
Dari segi selesa - advantage Forte. Sebab kabin lebih panjang dan lebih lebar.
Dari segi maintenance - dua2 sama rendah dan tak guna timing belt. Tapi Vios rendah sket.
Dari segi warranty - Vios 3 thn 100k, Forte 5 thn unlimited mileage. Ada berani? tapi mesti servis kat NazaKia lah. Tak boleh servis kat kedai Usop atau Ipin.
Dari segi overall package - Advantage Forte sebab spesifikasi canggih termasuk keyless entry/go (takde guna kunci), ada reverse camera, pemain CD/mp3/usb, dan bagi model 2.0 ada 6 airbag.
Dari segi ketahanan tak jauh beza sebab kereta Korea dah bagus sekarang ni.
Dari segi after-sales service, Toyota jauh mendahului dengan dua tempat teratas sepanjang 3 tahun lepas. NazaKia sentiasa di takuk bawah (kajiselidik JD Power)
dari segi resale value, agak subjektif. Tapi yang pastinya kereta Hyundai\Kia masih punya reputasi takde value second hand. Sebab ini yang berlaku sekarang.
Sumber: Naza Kia Forte vs Toyota Vios.
p/s: Dua-dua smart. Tepuk dada, tanya selera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
angkat forte la cid! bwk aku ronda2 s.alam! :P
Smart kan. Tapi mahal lah bro. 85k++. Hahaha.
Post a Comment