Nuffnang Top
Thursday, February 21, 2013
Gempar buaya berjemur di belakang rumah teres 2 tingkat!
KUCHING – Penduduk di Kampung Tabuan Dayak, di sini gempar apabila seekor buaya sepanjang dua meter berjemur di tebing Sungai Tabuan yang mengalir di belakang kediaman mereka semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, buaya itu dilihat timbul dan berjemur di tebing sungai tersebut oleh beberapa penduduk kampung sebelum berenang masuk dan menghilangkan diri ke dalam sungai yang jaraknya hanya lima meter dari pagar belakang rumah mereka.
Seorang penduduk, Rafer Mason, 50, berkata, penemuan itu mengejutkan kerana sebelum ini, mereka sering melalui kawasan berkenaan namun tidak pernah terserempak dengan reptilia tersebut. “Seorang saudara saya tinggal di tebing sungai ini sejak 20 tahun lalu, tetapi ini merupakan kali pertama digemparkan dengan kehadiran haiwan tersebut.
“Kejadian ini menakutkan dia sekeluarga, lebih-lebih lagi pada musim hujan, ketika air sungai naik mendadak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Artikel Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment