Nuffnang Top

Tuesday, August 31, 2010

Iftar Bersama Rakan - Rakan Itu Sangat Best.

Minggu lepas adalah minggu yang paling best sebab dapat berbuka bersama-sama dengan kawan-kawan lama dari kolej dan rakan-rakan Petrosains. Best sebab dapat catch up semula dengan budak kolej, cerita pasal practical LI dan life masing-masing sekarang. Semua susah dah nak jumpa balik, lebih-lebih lagi bila nak habis practical bulan 9 ni. Diorang dah ada plan sendiri. Ada yang mungkin sambung terus bekerja dengan company sekarang ni macam aku, ada yang nak balik kampung dan ohh yaa, dah ada yang dah nak kahwin. Jeles aku. Hehe. Tahniah Amal Hayati. Ko adalah kawan-kawan kolej kita yang first ke jinjang pelamin. Macam tak percaya. Dalam diam. We all very happy for you.

Iftar yang paling grand bagi aku adalah dekat Seoul Garden, Plaza Pantai, Kerinchi. Pada mulanya nak buat dekat Flamming Steamboat dekat Danau Kota tapi lambat booking dan tempat dah penuh, begitu juga cawangan dekat Sunway. Kitorang sampai punya awal, kedai pon belum buka lagi time tuu. Apalagi. Masa yang ada tuu masing-masing update pasal life, working dan sudah pastinya gossip-gossip hangat.


Time nak ambil makanan agak tak best sebab crowded. Macam-macam makanan ada seperti

  • Seafood (Udang, Ketam, Sotong, Kepah, Kerang, Lala)
  • Fishball, Crabstick, Tauhu goreng
  • A whole range recipe of Marinate Chicken, Squid, Fish.
  • Vegetable
  • Plain Rice, Fried Rice.
  • Beverages (Lemonade, Ice Lemon Tea, Syrup)
  • Ice Cream (Vanilla, Chocolate, Strawberry, Yam)
  • Ais Kacang
  • Dan banyak lagi lah !

Banyak kitorang ambil, nasib baik habis. Masing-masing perut DBKL. Gelak-gelak dan grab-grab lepas tuu dapat lah regangkan perut sikit. Dapat layan makan lagi. Lama juga kitorang lepak. Best betul bila dah lama tak jumpa, lepas tuu dapat luangkan masa sembang-sembang masa tuu.



Masa kat parking, sempat lagi ambil gambar. Lepas tuu, tiba-tiba diorang heart to heart talk. Masing-masing cakap pasal appreciate apa yang dah ada skang. Friendship. Aku pon agak terkejut. Aku senyap. Tak nak ambil port sangat. Mungkin sebab perempuan kot. Emosi lain sikit dari lelaki. Macam lelaki ni memang diorang sayang friendship tapi diorang tak tunjuk dari kata-kata dari mulut. Tak express directly. Nak touching-touching. Tak gay macam tuu. Jagalah nilai friendship tuu. Janganlah sebab benda kecik pon nak hancurkan ikatan friendship.

Put sedih. Hidup Put tak gay seperti dulu. Abang sayang dah tidak lagi menemani.


Walaupun mahal kitorang kena bayar RM44. Its all worthwhile. Hope can do it again. Like i said before, i dont mind paying more for a good food ! Kalau setakat berhabis kat makanan, aku tak kisah sangat.







p/s: Okay. I wanna say it again. Though i don't have someone to love but i do have a beautiful circle of friends !

4 comments:

coffeeaddict said...

"Kalau setakat berhabis kat makanan, aku tak kisah sangat"
ayat ni yang suka dengar ni. belanja please? hahaha :P

top_ace7 said...

ehh. ayat itu hanya ditujukan kepada saya. kalau ditujukan kepada orang lain, mau jatuh muflis saya. hahaha. :p

cik sophia kirai said...

oooh ko ngn kitorg xnak pon buke hehehe neway best taw rugi ko xdtg

top_ace7 said...

sorry phia. ada hal last minit yg menghindarkan aku drpd berbuka dgn korang. hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...