Nuffnang Top

Thursday, September 23, 2010

Terjah Raya Versi Nasi Minyak Campur Spaghetti

Okay beb. Yang ni memang agak rare sedikit. Kali ni kitorang terjah raya sambil terjah kenduri kahwin. Stylo kan? Ye saya tahu. Macam biaso. Pum pang, pum pang bincang, kata nak gerak pagi, tapi akhirnya gerak tengah hari juga. Tapi secara kebetulan kitorang jumpa Anis Ghafar, Sayyidah Sukainah dan beberapa lagi budak Petrosains menaiki Proton Exora. Alang-alang menyeluk perkasam, kitorang gerak bersama-sama. Dah gerak lambat. Perut pon lapor. Masing-masing tak sarapan. Sampai rumah pengantin, memang makanan di terjah dahulu. Sedap. Ayam masak merah dia memang layan. Daging masak rendang pon sedap. Lembut.


Lepas tuu dah habis makan, Put ajak aku "menghirup udara segar". Masa tuu lah aku bertentang mata dengan cik Sarah ataupun puan Sarah sekarang ni. Comel sangat dia. Dia dah mekap nampak macam lebih matured. *Sigh* Aku doakan semoga beliau hidup bahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Tema kahwin agak charo jgklah iaitu perkahwinan dalam taman.



Settle dekat kenduri kahwin Sarah, kitorang terjah ke rumah Azrina. Dapat makan lagi. Spaghetti. Memang sodap. Di tambah dengan kek batik lagi. Dan lagi 1, dapat jumpa si comel Aysel dengan bibik yg di import dari Serawak yg dah lama tak jumpa. Hahahahahaha. Masa nak balik je, abang ipar Az hulur duit raya beb. Alhamdulillah. Rezeki. Hahaha.


Para hadirin eksited dapat duit raya untuk buat tambang naik LRT


Ini acara lompat gaya 1 Malaysia. Ong Teck Lam pon turut serta







p/s: When can i see my Juliet? Maybe not yet. Maybe not right now.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...