Nuffnang Top

Thursday, September 9, 2010

Salam Syawal 1431H

‎Ramadhan kini pergi meninggalkan kita. Rasa sedih jugak sebab banyak kelebihan bulan Ramadhan ni seperti bulan yang di berkati, malam Lailatul Qadar, boleh jimat duit tah payah makan tengah hari masa kerja, boleh balik awal (Haha) dan macam-macam lagi. Di harap kita mendapat berkat dari bulan yg mulia ini.

Kini tiba bulan Syawal menyambut kemenangan kita sebulan berpuasa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minta Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan. Setiap kali nak raya, selalu teringat masa kecik-kecik masa beraya. Masing-masing enjoy tak ingat dunia. Macam takde masalah langsung dalam fikiran. Boleh main mercun dan bunga api bersama saudara-mara dan dapat duit raya. Sekarang dah besar, semuanya kini berbeza. Rasa dah pikul tanggung-jawab. Pening fikir macam-macam perkara. Cuti pon sekejap je. Lepas tuu kena kerja semula.

Okay lah. Cukuplah setakat tuu. Macam ada orang nak baca je post ni. Mesti sekarang tengah sibuk buat persediaan raya. Almaklumlah, malam raya katanya. Berhati-hati ketika di jalan raya. Have a safe journey ahead ;)







p/s: Rindu nak jadi budak-budak semula. Bangun pagi gembira menyambut raya. Enjoy tanpa perlu fikir apa-apa. Malam raya boleh main bunga api.

2 comments:

azrinaanuwi said...

Thanks to DiGi broadband for having a very wide coverage including in Rembau, so I'm able to read your entry. HAHA! Have safe journey balik kampung!

top_ace7 said...

WOW. Baguslah DiGi. Sentiasa bersamamu katenye. Nasib baik adik aku bwk Maxis broadband dia. Sebab Celcom aku takde coverage last time aku try. Selamat Hari Raya dan have a save journey too !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...