Nuffnang Top

Thursday, June 28, 2012

Kerana Gelang Emas, nenek ditetak & dijahit 14 jahitan di kepala!


Seorang warga emas, Rokiah Sirun, 78 menerima 14 jahitan di kepala selepas dia ditetak dengan penyamun yang ingin menyamun seutas gelas emas berharga RM 2000. Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping ketika mangsa sedang memberi makanan kepada kucing di belakang rumahnya kira kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Seorang warga emas menerima 14 jahitan di kepala selepas ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang oleh penjenayah, hanya kerana ingin menyamun seutas gelang emas bernilai RM2,000.

Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping, di sini, ketika mangsa, Rokiah Sirun, 78, sedang memberi makanan kepada kucing di belakang rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.

“Saya langsung tidak sedar dia datang dari belakang dan melibas pedang ke kepala saya. Tiba-tiba saya rasa sakit dan basah di belakang kepala sebelum rebah,” kata Rokiah.

Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.

Rokiah berkata, selepas meragut gelang emas bernilai RM2,000 yang dipakainya, suspek melarikan diri kerana menyangka dia sudah mati berikutan berlumuran darah di kepala.

Source: Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...