Nuffnang Top
Monday, July 16, 2012
Surat Khabar boleh dimakan selepas dibaca
Selalunya selepas habis dibaca, biasanya surat khabar terus disimpan atau dibuang dan kalau sudah banyak dijual.
Namun, idea redaksi Metro, sebuah surat khabar yang terbit di Britain, dan sejumlah ahli makanan membuat sesuatu yang unik.
Willy Wonka, tokoh dalam film Chocolate Factory, telah membuat segala sesuatu di sekitar kita boleh dimakan, mereka menciptakan bentuk surat khabar Metro yang boleh dimakan.
Seperti dilapor web Metro.co.uk, kerja sama itu menghasilkan suratkhabar yang boleh dimakan. Jadi begitu selesai dibaca, suratkhabar tak perlu dibuang, tetapi boleh terus dimakan saja.
Heston Blumenthal,seorang pakar masak, punya peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Suratkhabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya," katanya.
Soal rasa bagaimana? Para sukarelawan sudah mencabik-cabiknya dengan gigi mereka dan menelannya. Mereka pun menganggukkan kepala dan menilainya sangat lazat.
Tentu saja produksi suratkhabar itu tidak hanya memerlukankan editing yang ketat, tetapi pengolahan adunan yang cermat pula. Adunan itu sendiri terdiri atas tepung maizena, minyak sayur, permen arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran.
Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel.
Proses pembuatan dan pencetakan suratkhabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlu waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, suratkhabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.
Charles Bouquet, dari Edible Paper Company, mengatakan projek itu akan mendorong kebiasaan daur ulang dalam masyarakat. "Kami berharap ini memberikan tambahan aroma pada berita dan menyajikan menu isu-isu terkini yang lebih berwarna."
Source
Labels:
Gila,
Siri Benda Cool
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment