Nuffnang Top

Tuesday, September 4, 2012

Makan coklat kurang risiko sakit jantung



STOCKHOLM: Anda mungkin lebih cenderung untuk makan coklat selepas penyelidikan mendakwa ia boleh mengurangkan risiko angin ahmar.

Lelaki yang makan coklat dalam kadar sederhana setiap minggu didapati semakin kurang kena angin ahmar dalam tempoh 10 tahun dibandingkan mereka yang tidak makan langsung. Responden yang mengambil bahagian dalam kajian perkara itu makan banyak coklat, sama dengan satu pertiga cawan cip coklat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 17 peratus.

Seramai 37,103 lelaki Sweden berusia 49 hingga 75 tahun mengambil bahagian dalam kajian itu, lapor akhbar Daily Mail.

Cara pemakanan mereka dinilai menerusi soalan mengenai makanan terutama sekerap mana mereka makan coklat. Kemajuan dari segi kesihatan lelaki terbabit direkod selama 10 tahun.

Daripada bilangan keseluruhan responden, penyelidik mencatat 1,995 orang yang kena sakit jantung sebanyak sekali.

Kajian sebelum ini menunjukkan coklat mungkin membantu mencegah diabetes, menghalang tekanan darah dan melindungi daripada sakit jantung. - Agensi

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...