Nuffnang Top

Monday, January 14, 2013

Ally kucing kacak menang Pertunjukan dan Pertandingan Kucing Cantik 2012



BAGI peminat kucing, bukan menjadi satu pembaziran untuk berhabis wang setiap bulan semata-mata memastikan haiwan kesayangan mereka dapat dipelihara dengan baik dan sempurna.
Itulah gelagat 95 pemilik kucing yang menyertai Pertunjukan dan Pertandingan Kucing Cantik 2012 yang diadakan pada minggu terakhir Pesta Pulau Pinang penghujung Disember lalu.

Kehadiran puluhan ekor kucing pelbagai baka, sama ada yang berbulu panjang atau pendek dengan variasi warna turut memikat hati ribuan pengunjung terutamanya kanak-kanak yang memeriahkan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Acara anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia itu untuk merebut pelbagai gelaran dalam dua kategori iaitu kategori kucing berbulu pendek dan kucing berbulu panjang.

Lebih menarik, pertandingan tersebut juga berjaya memikat penyertaan peminat kucing dari beberapa negeri lain termasuk Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.



Tuah berpihak kucing peliharaan Nazri Mohd. Feroz Khan, 31, menerusi kucingnya bernama Ally yang diumumkan sebagai Kucing Paling Kacak

Beliau yang merupakan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) mengakui sangat sukakan kucing dan selalu menyertai pertandingan sedemikian bersama isterinya, Azlina Abdul Aziz, 31.

“Sejak kecil lagi saya memang sukakan kucing dan minat semakin mendalam apabila melihat kucing-kucing yang dipelihara mempunyai bulu dan warna yang menarik.


“Saya juga memelihara kucing sebagai penghibur kerana kami belum dikurniakan cahaya mata,” ujarnya.

Katanya, beliau dan isteri membelanjakan RM400 setiap bulan untuk membeli makanan dan ubat-ubatan bagi 12 ekor kucing yang dipelihara.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...