Nuffnang Top

Thursday, July 4, 2013

Kad Kredit: Satu Keperluan Atau Pembaziran?



Assalamualaikum.

Mesti ramai yang tertanya kenapa perlu kita memiliki kad kredit?

1. Auto-pay rebat

- Sesetengah perkhidmatan seperti TM ada menawarkan rebet RM4 setiap bulan jika menggunakan pembayaran melalui auto-pay, di mana kad kredit anda akan ditolak setiap bulan. Walaupun rebet cuma RM4, jika dikirakan setahun, anda boleh berjimat sehingga RM48.00
Kekurangan: Anda perlu memastikan penggunaan bulanan dikawal bagi mengelak anda membayar lebih pada bulan tersebut lalu menjejaskan pendapatan anda.

2. Mendapat mata ganjaran

- Bagi mereka yang kerap berbelanja menggunakan kad kredit, sebagai contoh pengguna kad kredit Maybank Ikhwan Petronas, di mana setiap pembelian petrol di Petronas akan diberikan ganjaran 5x dari jumlah pembelian. Jika pembelian bulanan anda di Petronas mencecah RM400, maka mata yang dikumpul mencecah 2000 point, setahun mencecah 24,000 point bersamaan RM100 nilai (baucer/barangan).

- Jika penggunaan bulanan RM1000 untuk petrol, barang runcit, bil utiliti maka mata ganjaran anda mungkin mencecah 4000-5000 mata, tahunan 48,000-60,000 bersamaan RM 200-250 setahun.
Kekurangan: Anda perlu berbelanja di tempat yang tertentu untuk mendapatkan mata ganjaran yang tinggi. Tak dapat la nak swipe kad di kedai runcit Ahmad untuk dapatkan mata ganjaran. Perlu ke TESCO, GIANT untuk pembelian barangan runcit.

3. Memudahkan anda di luar negara

- Jika di luar negara, anda berkemungkinan susah untuk mendapatkan matawang negara tersebut jika berada di luar kawasan tumpuan pelancong (pusat beli belah/ lapangan terbang), kadar matawang juga berbeza di sesetengah lokasi. Jadi membeli dengan harga yang tetap dari bank. Namun anda perlulah memberitahu kepada pihak bank terlebih dahulu untuk mengaktifkan perkhidmatan di luar negara dan kemungkinan perlu menaikkan had kredit anda di luar negara.
Kekurangan: Kemungkinan anda akan berbelanja lebih, namun perlu juga pastikan kadar tukaran matawang di bank berkenaan.
4. Wang segera.

- Teknik ini jarang diaplikasikan oleh ramai pengguna kad kredit. Tanya kepada rakan anda yang ingin membeli sesuatu barangan dan anda bayarkan menggunakan kad kredit dan rakan anda membayar kepada anda dengan wang tunai. Anda boleh menukarkan pembayaran pembelian barangan rakan anda dengan pembayaran ansuran tanpa faedah selama 12/24/36 bulan. Sebagai contoh rakan anda ingin membeli kamera DSLR berjumlah RM5,000. Dengan menggunakan kad kredit anda, anda dapat menggunakan RM5,000 dan membayar kepada bank RM138.88 sebulan selama 3tahun. You see the main reason of paying cash or installment using credit card with zero interest?

Kekurangan: Anda mungkin perlu membayar 3% one off charges jika mengubah mode pembayaran selepas transaksi di kedai. Lebih mudah jika kemudahan installment dibuat sendiri di kedai, bukan melalui permintaan di bank. Selain itu, ia juga membuat had kredit anda berkurangan sehingga selesai ansuran tersebut. Sebagai contoh, had kredit anda RM6,000 dan ansuran pembelian barangan RM5,000 maka had kredit anda masa kini cuma RM1,000 sahaja. Langkah terbaik, naikkan had kredit anda setinggi mungkin.

5. Pembayaran insuran/takaful tepat pada masanya.

- Ini kerana sebarang kelewatan pembayaran insuran/sumbangan takaful akan menjejaskan kadar pelaburan anda. Untuk plan insuran/takaful bercirikan investment link, sumbangan bulanan anda akan dilaburkan ke dalam unit amanah selepas ditolak kadar upah/premium insuran. Jika anda terlewat, akaun simpanan di dalam insuran/takaful akan ditolak nilainya bagi memastikan polisi insuran/sijil takaful anda sentiasa berjalan (inforce) di mana ianya akan memastikan anda sebagai pemegang polisi/ peserta takaful dilindungi dengan perlindungan insuran/takaful.

-Jika kelewatan pembayaran sangat kerap berlaku, kadar simpanan di dalam akaun pelaburan insuran anda akan mengecil dan keuntungan juga akan berada di tahap minima.
Kekurangan: Anda dipaksa untuk menjelaskan bil kad kredit setiap bulan bagi mengelakkan dikenakan kos faedah lewat pembayaran.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...