Nuffnang Top

Wednesday, July 3, 2013

Promosi Rumah Pertamaku MBSB



Adakah anda sedang mencari pinjaman perumahan yang menguntungkan anda? Promosi rumah pertamaku MBSB memberikan segala kelebihan buat mereka yang mahu memiliki rumah dengan pinjaman maksimum sehingga RM500,000!

MBSB atau Malaysia Building Society Berhad merupakan sebuah anak syarikat KWSP yang menyediakan pinjaman untuk mereka yang layak bagi memiliki rumah pertama.

Syarat Kelayakan Pinjaman RM500,000 MBSB

•Terbuka untuk warga Malaysia berumur kurang daripada 35 tahun.
•Merupakan pembeli rumah pertama.
•Bekerja sekurang-kurangnya dengan syarikat yang sama 6 bulan.
•Untuk kediaman sendiri sahaja.
Bagaimana Pohon Pinjaman MBSB:

Anda boleh menghubungi cawangan-cawangan MBSB berdekatan dengan anda. Jangan terpedaya dengan pembabitan orang perseorangan atau 'wakil' MBSB atau laman web selain laman rasmi MBSB untuk memohon pinjaman maksima RM500,000 skim rumah pertamaku. Laman rasmi MBSB (klik)

Pinjaman maksima RM500,000 hanya boleh dilakukan di cawangan sah MBSB seperti yang dilampirkan.

Cawangan Sah MBSB Pinjaman Maksima RM500,000



Andai anda seseorang yang mencari pinjaman terbaik untuk skim rumah pertamaku, ini adalah satu peluang terbaik. Rumah atau kediaman merupakan aset yang perlu anda miliki di usia muda, ia menguntungkan.

Rujuk PDF Document di SINI

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...