Nuffnang Top
Showing posts with label PropaGanjil. Show all posts
Showing posts with label PropaGanjil. Show all posts
Friday, June 28, 2013
Monday, May 27, 2013
Benang mop ditemui dalam tomyam di Shah Alam
SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.
Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.
Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.
“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.
“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.
Labels:
FAILED,
Geli Mat,
Gila,
PropaGanjil
Saturday, April 20, 2013
(FAILED) Kanak-kanak tersepit kepala di China
BEIJING - Keseronokan seorang kanak-kanak bermain 'sorok-sorok' bersama rakan-rakannya berakhir insiden panik apabila kepalanya tersepit di celah bangunan di bandar Yulin, selatan China.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba keluar dari celah bangunan tersebut namun gagal hingga menyebabkan seorang daripada rakannya terpaksa menghubungi ibu bapa mereka.
Menurut laopran MailOnline pegawai polis tempatan berkata, anggota penyelamat mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun.
"Kepala kanak-kanak itu melekat pada dinding. Kami terpaksa menggunakan minyak pelincir untuk membantu mangsa," katanya.
Labels:
FAILED,
Gila,
PropaGanjil
Subscribe to:
Posts (Atom)

