Nuffnang Top

Showing posts with label Geli Mat. Show all posts
Showing posts with label Geli Mat. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Labah-labah Bersarang Lima Hari Dalam Telinga





Seorang wanita dari sebuah perkampungan jauh dari bandar Beijing, China, tidak menyangka telinganya telah dihuni oleh seekor labah-labah kecil sejak lima hari lalu.

Menurut doktor, kes berkenaan bermula apabila wanita itu mendapatkan rawatan kegatalan telinga di Hospital Besar Changsha kemudian mereka menemukan haiwan invertebrata pemangsa itu di dalam saluran telinganya.

10 Sebab Kenapa Lelaki Mandul





Tahukah anda kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun anda berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut kami senaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul.

1. Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma.

2. Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.

3. Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.

4. Akibat dari penyakit varicoles atau hernia. Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.

5. Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu. Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.

Monday, May 27, 2013

Benang mop ditemui dalam tomyam di Shah Alam





SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.

Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal  tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.

Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.

“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.

“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.

(SEDANG TRENDING) YouTubers React to Try to Watch This Without Laughing or Grinning

Friday, February 22, 2013

Perogol dibelasah sehingga koma oleh keluarga mangsa!



Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa.Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Source

Tuesday, November 27, 2012

Budak Sekolah Selamber Berak Dalam Train



China: Seorang budak lelaki mengejutkan penumpang lain yg tiba2 menyangkung dan membuang air besar ditengah khalayak ramai didalam Tren dengan selamba diperhatikan mak ayahnya.

Source

Tuesday, November 6, 2012

Jaafar Onn Terima Kek ‘anu’ Lelaki


APALAH salah Jaafar Onn sehingga dia diberikan kek yang dihiasi dengan imej kemaluan lelaki. Kalau tak suka dengan dia pun, rasa tak perlulah sampai buat macam itu.

Dapat tahu Jaafar sangat terkejut dan sedih apabila melihat kek itu. Andai kata si pengirim mahu bergurau pun, bukan itu caranya dan Jaafar pun bukan muda lagi untuk menerima gurauan seperti itu. Ada banyak cara lain kalau nak bergurau pun.

Kelmarin dan semalam Jaafar berada di Segamat, Johor menjayakan Karnival Sihat anjuran Kementerian Kesihatan dan kek itu dikirim di tapak karnival itu. Terus Jaafar meluahkan rasa kesal dan sedihnya dalam facebook dan siap dia ‘upload’ gambar kek itu.

Penggemar kek pun rasa ‘geli’ melihat kek itu, apatah lagi Jaafar yang menerimanya. Jaafar membuang kek itu kerana kalau dimakan nanti entah apa pula jadi padanya. Harap Jaafar bersabarlah kerana ramai lagi yang sayangkan Jaafar yang dikenali dengan sifat pemurahnya kepada sesiapa saja.

Tak perlulah kita menyumpah seranah si pengirim itu kerana Allah SWT lebih tahu balasan yang patut diterimanya. Menjatuhkan maruah orang, hukumnya haram jadi kepada si pengirim bawalah bertaubat. Jangan selepas ini dijadikan hobi mengirim hadiah lucah kepada sesiapa yang dia suka.

Wednesday, October 24, 2012

Aweks Comel Kencing Dalam Lift


A young woman is the talk of the town after she was caught on CCTV peeing inside an elevator.

The recording shows the woman, believed to be in her 20s, answering the call of nature at 6.07am on Oct 10.

Sri Saujana flat joint management committee secretary Yeoh Kean Huat said the woman, believed to be a Chinese national, had not been seen since the incident.

The 16-second footage shows the woman turning her head to look at the camera before removing her denim shorts to urinate. She then presses several buttons on the lift. Yeoh believes the woman lives on the 13th floor.

Following a meeting with the joint management committee, Yeoh said they decided to put up printouts of the CCTV footage, with the woman's eyes blacked out, on the notice board to serve as a warning to others.

“We decided not to lodge a police report as this was the first case caught on CCTV since we installed it two years ago,” he said at the flat in Macallum Street yesterday.

A resident, who wished to be known as Vicky, said a local resident would never do such a thing.

“I think she must have been drunk to simply pee in the lift. She could have been a China doll' renting a room here.

“They work at night and come back in the morning. That's why I've never seen her before,” said Vicky, who also stays on the 13th floor.

Monday, October 22, 2012

Aweks China Telan Cacing Untuk Kurus!


XIAMEN - Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar.

Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.

Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu.


Source

Thursday, October 18, 2012

Hati-Hati Arak Kangkang Dari Geng Samun Kangkang




KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika  mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku  pada 27 September lalu di   KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini  dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.

Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian  hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.

“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri  lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo.

“Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Source

Monday, October 1, 2012

Mat Bangla bogel depan rumah bila bini jiran sidai kain!


SEREMBAN – Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.

 Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak aman dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya. Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20- an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.

“Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya. “Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya, semalam. Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.

“Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan,” katanya. Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung itu sering berkeliaran setiap malam. “Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk. “Kami bimbang akan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang berjalan kaki pulang ke rumah,” katanya.

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami


SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja. Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami. Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu. Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu. Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram. “Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...