Nuffnang Top

Saturday, October 10, 2009

Takziah..

Hari ini 10.10.2009. Selepas menonton rancangan Majalah 3 di TV3, hati rasa tersentuh menonton kisah gempa bumi yang melanda Indonesia. Ramai insan yang kehilangan keluarga dan sanak saudara. Ada yang tidak sanggup menerima hakikat dan kenyataan. Rasa sedih dan hiba melihat perasaan mereka.

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak berlaku bencana yang teruk sedemikian rupa. Tragedi tsunami sudah cukup membuatkan kita tersedar betapa kuatnya kuasa Allah SWT yang maha esa lagi maha berkuasa. Mungkin ini peringatan untuk kita sedar dari lalai dan alpa. Semoga Allah lindungi kita daripada bencana sedemikian rupa. Amin.






p/s: Takziah pada keluarga mangsa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...