Al-kisah, tersebutlah sebuah kisah di mana rakan saya bernama Wasabiz (bukan nama sebenar) pergi ke kafe siber berhampiran dengan Kedai Char Kuey Tiaw Aimar untuk bermain Dota dan Ninja Saga lalu di tegur oleh rakan Dota beliau.
Rakan Wasabiz: Wasabiz. Pinjam motor kejap boleh tak. Aku nak keluar kejap.
Wasabiz: Ok.
(Selang beberapa masa kemudian datang si peminjam motor tadi semula.)
Rakan Wasabiz: Weyh. Motor ko dah hilang lah weyh.
Wasabiz: Haaa?? *muka terkejut*
Lalu, melilaulah mereka rakan taulan mencari motor Wasabiz yang hilang tadi ke serata pelusuk kedai namun hampa, tiada keputusan yang baik dapat di capai. Mereka semua pon pulang ke rumah masing-masing. Hampa. Tidak keruan. Jiwa kacau. Pulang ke rumah, hati Wasabiz tidak keruan mengenangkan motor buruknya sehinggakan terbawa-bawa ke alam mimpi. Lalu beliau mengambil kata putus untuk cuba bertanya ke kedai berhampiran pada keesokan harinya.
(Keesokan harinya)
Wasabiz: Uncle. You ada nampak tak motor kriss saya warna biru, saya park dekat depan ni.
Uncle: Ohh. Ini kriss you punya kaa? Saya ingat you mau repair semalam.
Wasabiz: .........................
Uncle: Sorry aaa bro.
Wasabiz: Lain kali uncle kasi repair sekali laa saya punya motor kasi ok semua.
Kuharapkan pagar, pagar makan padi. Rupa-rupanya motor Wasabiz di bawa masuk ke dalam bengkel motor bersebelahan dengan Kedai Char Kuey Tiaw Aimar kerana di sangka motor itu mahu di repair (memang patut pon sebab motor buruk bunyi pom pom pom) lalu di masukkan bersama motor-motor buruk yang lain di dalam bengkel tersebut dan handlenya tidak di kunci oleh si peminjam, menggalakkan lagi hati uncle itu untuk membawa masuk motor Wasabiz ke kedai workshop beliau. Pengajaran, majulah sukan untuk negara. Sekian dari saya. Salam 1 Malaysia.
p/s: Nasib baik motor ko tak hilang Wasabiz. Kalo tak aku lah kena bawak ko pergi kerja.
2 comments:
alamaaaaaaaaaakkk....betul ke ni?
alaamaaaaakkk. betul laa machaaa. hahahaha !
Post a Comment