Nuffnang Top

Tuesday, August 31, 2010

Iftar Bersama Rakan - Rakan Itu Sangat Best.

Minggu lepas adalah minggu yang paling best sebab dapat berbuka bersama-sama dengan kawan-kawan lama dari kolej dan rakan-rakan Petrosains. Best sebab dapat catch up semula dengan budak kolej, cerita pasal practical LI dan life masing-masing sekarang. Semua susah dah nak jumpa balik, lebih-lebih lagi bila nak habis practical bulan 9 ni. Diorang dah ada plan sendiri. Ada yang mungkin sambung terus bekerja dengan company sekarang ni macam aku, ada yang nak balik kampung dan ohh yaa, dah ada yang dah nak kahwin. Jeles aku. Hehe. Tahniah Amal Hayati. Ko adalah kawan-kawan kolej kita yang first ke jinjang pelamin. Macam tak percaya. Dalam diam. We all very happy for you.

Iftar yang paling grand bagi aku adalah dekat Seoul Garden, Plaza Pantai, Kerinchi. Pada mulanya nak buat dekat Flamming Steamboat dekat Danau Kota tapi lambat booking dan tempat dah penuh, begitu juga cawangan dekat Sunway. Kitorang sampai punya awal, kedai pon belum buka lagi time tuu. Apalagi. Masa yang ada tuu masing-masing update pasal life, working dan sudah pastinya gossip-gossip hangat.


Time nak ambil makanan agak tak best sebab crowded. Macam-macam makanan ada seperti

  • Seafood (Udang, Ketam, Sotong, Kepah, Kerang, Lala)
  • Fishball, Crabstick, Tauhu goreng
  • A whole range recipe of Marinate Chicken, Squid, Fish.
  • Vegetable
  • Plain Rice, Fried Rice.
  • Beverages (Lemonade, Ice Lemon Tea, Syrup)
  • Ice Cream (Vanilla, Chocolate, Strawberry, Yam)
  • Ais Kacang
  • Dan banyak lagi lah !

Banyak kitorang ambil, nasib baik habis. Masing-masing perut DBKL. Gelak-gelak dan grab-grab lepas tuu dapat lah regangkan perut sikit. Dapat layan makan lagi. Lama juga kitorang lepak. Best betul bila dah lama tak jumpa, lepas tuu dapat luangkan masa sembang-sembang masa tuu.



Masa kat parking, sempat lagi ambil gambar. Lepas tuu, tiba-tiba diorang heart to heart talk. Masing-masing cakap pasal appreciate apa yang dah ada skang. Friendship. Aku pon agak terkejut. Aku senyap. Tak nak ambil port sangat. Mungkin sebab perempuan kot. Emosi lain sikit dari lelaki. Macam lelaki ni memang diorang sayang friendship tapi diorang tak tunjuk dari kata-kata dari mulut. Tak express directly. Nak touching-touching. Tak gay macam tuu. Jagalah nilai friendship tuu. Janganlah sebab benda kecik pon nak hancurkan ikatan friendship.

Put sedih. Hidup Put tak gay seperti dulu. Abang sayang dah tidak lagi menemani.


Walaupun mahal kitorang kena bayar RM44. Its all worthwhile. Hope can do it again. Like i said before, i dont mind paying more for a good food ! Kalau setakat berhabis kat makanan, aku tak kisah sangat.







p/s: Okay. I wanna say it again. Though i don't have someone to love but i do have a beautiful circle of friends !

Selamat Hari Merdeka yang ke-53








p/s: Perjuangan kita masih belum selesai. Perjuangan masih panjang.

You're Out of Reach.




Long way from home,
Lost by an echo
I’d never have known.

I’ve got pictures to prove I was there,
But you don’t care.

Here’s me overseas,
Across the pond by the Dover peaks.
I’ve smuggled myself into new nationalities,
You think you’d be proud of me.

There’s room to believe,
Out of sight,
Out of mind,
Out of reach.

Start over
Is no way to begin.
Long way from home,
Lost by an echo
I’d never have known.

I’ve got pictures to prove I was there,
But you don’t care.

There’s room to believe,
Out of sight,
Out of mind,
Out of reach.

Start over
Start over
Is no way to begin.

There’s room to believe,
Out of sight,
Out of mind,
Out of reach.

Start over
Start over
Is no way to begin.
No way to begin.
Way to begin.








p/s: I've sacrificed too much. Would u do the same thing for me? No. I dont think so.

So Closed, Yet So Far.

I wish i could have the chance to knew you a little bit more.

I wish you could give me a chance to prove my worthy.

But she'll never know how much she meant to me.

If only love is as easy as A B C 1 2 3.








You wait a couple of months and you'll gonna see, you'll never found nobody better than me.






p/s: This post is full of crap. You'll never understand. Thank You.

Monday, August 23, 2010

Lagenda Budak Sepi Ep.2 - Kronologi

Orientasi. Argh. Dari sekolah sampai kolej. Mesti ada punya. Kenapa perlu ada orientasi? Nak perkenalkan fasi yang kerek, berlagak macam garang? Nak menunjukkan siapa yang berkuasa di kolej? Ataupun sekadar meminta tandatangan setiap senior di kolej itu? Argh ! Persetankan itu semua. Sekarang gua kena cari tempat duduk kat dalam theater hall ni. Talk dah nak start.

"Bro" Satu suara garau ala-ala Hugh Grant menyapa.

"Sini ada kosong. Duduk lah sini"

Orang dah jemput, kita duduklah kan.

Lalu aku berkenalan dengan beliau iaitu Sam dan rakannya Kay. Tak sangka Kay akan menjadi classmate aku dan bestfriend aku ketika diploma. Macam romantik pula bunyinya walau Kay itu seorang lelaki.

Talk dah habis. Lalu gua dan Kay mula melilau meredah gunung-ganang, ribut taufan Katrina dan lautan bara api dengan tujuan memantau mencari rakan seperguruan. Lalu berjumpalah dengan beberapa rakan classmate yang lain. "Alaaa. 3 orang je ke aweks dalam kelas ni. Gila bosan" Getus hati kecilku.

Tapi lama kelamaan. Aku rapat dengan seorang aweks kecik ni, ala-ala tomboy sikit. Korang faham-fahamlah kalau tomboy ni macam mana. Tak faham? Cari kat Wikipedia. Tapi takpe. Gua bagi definisi sedikit di mana hikmat cubit dan tumbukan beliau mencapai tahap Fong Sai Yuk 3000 kali per saat. Dahsyat kan? Aku pon tak tau macam mana boleh rapat dengan perempuan yang berperibadian tomboy ni. Mungkin sebab kami ikhlas berkawan.

"Nah Am. Hari ni birthday kau kan. Ambil lah hadiah yang tak seberapa ni" kata Shiha sambil menghulurkan cenderahati yang selalu terdapat di tepian pantai.

Aku tergamam.

"Wahh. Susah-susah je kau ni. Kenapa kau tak belikan aku kereta Volkswagen terus?" Lalu gua nampak beliau mula mengangkang dan membuka kuda-kuda. Gua apa lagi. Terus buka hikmat elemen defensif yin yang. Tapi malang. Tak sempat. Sedebik gua kena kat bahu. Habis gugur beberapa helai bulu ketiak.

"Alamak. Gurau je pon. Papehal. Thanks laa ye. Tak sangka ko ingat birthday aku" Gua berkata.

Pergh. Hati mula berbunga beb. Baru dapat hadiah macam tuu pun hati dah berbunga. Gila hati tisu. Hari-hari pasang lagu Taman Rashidah Utama. Nak amek feel katenya. Hari-hari calling. Hari-hari sms. Kalau takde credit, dulu ada sistem di mana Maxis tidak mengecas 5 saat pertama dari panggilan yang di buat. Apa lagi. Mulalah macam orang indon buruh binaan main walkie-talkie. Tanya sepatah. Jawab sepatah.

Macam biasa. Setiap perhubungan, lama-kelamaan akan menjadi dingin. Mungkin bosan. Mungkin tidak ikhlas. Mungkin ambil mudah. Siapa tahu? Tapi kali ini gua tak nak ia berlaku lagi. Aku cuba untuk berbaik semula dengannya. Tapi dia seakan cuba untuk menjauhkan diri dari aku. Aku pon tak tau mana salah silap aku.

Satu tentang perempuan ni kalau tuan dan puan ingin tahu bahawa, jika seseorang lelaki telah melakukan apa-apa kesilapan, selalunya mereka tidak akan memberitahu kesilapan lelaki tersebut. Lelaki itu hendaklah mengesan atau menghidu sendiri apa kesalahan mereka. Ya. Saya tahu. Memang susah. Nak buat camno kan. Tapi beliau masih tetap menjauhkan diri denganku.

Argh ! Malas pula aku nak amek port pasal benda ni. Baik aku konsentret studi. Kejap lagi ada quiz. Pergh. Ni kuiz ke PMR ni? Bapak ahh susah. Nasib baik gua dah park note kecik dekat toilet (Dont try this at home or college).

Masa nak keluar je si shiha ni buat muka tak boleh belah. Muka nak dua posen. Ahh. Lantak lah. Gua ada misi lagi penting untuk ke toilet. Kalau tak, habis kuiz ni aku tak boleh jawab.

Dah 5 hari aku tak nampak Shiha. Tak sihat ke? Kena chikungunya ke? Hamstring injured ke (Macam player bola sepak pula)? Nak tanya kat budak-budak lain, segan pula. Nanti diorang kata aku jilat ludah semula. Terhegeh-hegeh. Tak malu. Dah tak rapat, tiba-tiba tanya pasal Shiha pula. Okay. Cukup. Lebih-lebih pula.

Tapi aku tak tahan. Daya inkuiri aku memang tinggi. Lalu aku cuba tanya Kay. Rupa-rupanya, beliau dah pulang ke kampung halaman beliau di Negeri Sembilan. Tak dapat bawa course ni katanya. Diorang sepakat tak nak beritahu aku, sebab takot aku menggedik nak emo, poyo nak buat muka. Argh. Alasan dia tak munasabah. Lalu aku cuba menghubungi beliau menerusi telefon jimbit. Argh buat kesekian kalinya. Gagal. Tukar nombor mungkin.

Masa berlalu. Minah tuu pon aku dah dengar dah bertunang sekarang. Sebab tuu ke beliau berhenti dari kolej. Atau ada kemungkinan lain. Entah. Aku pon tak tau.

Malas nak ambil tahu.

Satu lagi pengajaran untuk hati aku. Yup.










p/s: Lelaki jangan selalu layan lagu slow dan sedih. Nanti jadi hati tisu.

Sunday, August 22, 2010

Wanna Be A Nike Designer?

Beberapa hari yang lepas. Kawan aku, Encik Naqib Putra tag aku dekat pic dalam facebook dia. Lalu ternampak lah boot dengan jersi Manchester United bertatahkan nama beliau. Naik hairan aku. Panas ada puunnnn. Iri hati. Lalu beliau pun mencadangkan website ini puuuunn.

Memang style. Pengguna boleh mengubah-suai atau dalam bahasa inggerisnya design pelbagai aksesori dari boot bola sehingga kepada beg sukan. Cool ey lads? Ya?

Okay. Kita ambil contoh untuk design boot bola dan jersi:

  • Highlight button men's dan pilih soccer. Dalam tuu ada banyak pilihan boot dan jersi untuk anda pilih. Ada juga yang mengikut negara dan kelab. Tapi tak semua ada. Mungkin yang ada ini, yang hanya di taja oleh Nike.
  • Lepas tuu boleh lah start design mengikut citarasa dan nafsu masing-masing. Boleh ubah dia punya Base, Lace, Lace Shroud, Swoosh dan Graphic. Anda boleh letak logo club atau negara dan juga nama dan nombor yang di hajati. Lepas to Save as Wallpaper. All right mate? Ya?

Jangan korang click dekat CART sudah laa ye. Nanti korang sudah dikira membeli apa yang korang design tuu. Tunggu lah 4 minggu. Lepas tuu korang kena bayar barang tuu. Haha. Sebab tujuan utama website ni adalah untuk mempromosi tempahan untuk team atau puuunn club. Jadi customer boleh buat yang custom made punya untuk team mereka.

Well. Inilah hasilnya. Tak banyak puunn yang aku ubah puuun. Cuma nama dan nombor tuu je yang penting. Kena ubah. Haha.








p/s: Tak mampu nak beli, dapat design je puun jadi lah ye dok?

Saturday, August 21, 2010

Lagenda Budak Sepi Ep. 1

"Bro. Cuba usha kooperasi sekolah. Ada aweks baru dow. 2 orang" Berkata si samdol.

"Wahh. Bagus strategi sekolah. Memang laku lah kooperasi sekolah lepas ni. Jom kita buat inspection." Berbalas pula si budak sepi.

"Jom"


Setibanya di pintu kooperasi.

"Not bad. Macam ni rajin lah aku beli buku latihan." Budak sepi.

"Weh. Memandangkan ko single. Aku cabar ko tekel dia." Samdol.

Dasar lelaki. Pantang di cabar. Lalu berkatalah si budak sepi yang bajet diri seorang player. "On. Kalau aku dapat tekel dia, apa ganjaran aku?"

"Aku bagi setin air coke" Samdol.

"Count me in." Budak sepi. Cabar punya pasal. On je.


Lalu mulalah naik carta kekerapan lawatan si budak sepi ke kooperasi sekolah pada setiap hari. Ada je benda yang nak di beli. Lepas tuu buat-buat tanya soalan. Dah banyak pemadam yang dah dibeli (kerana itu sahaja barang yang paling murah dekat situ. 20 sen.) Strategi approach ke kooperasi kurang menjadi, lalu strategi seterusnya mula di susun, dengan menulis surat ke empunya badan. Dulu budak lelaki zaman sekolah mana ada duit nak beli perfume. Sembur body spray je. Janji wangi. Kalau yang bau ketiak tuu, lu fikir lah sendiri ye.

Wahh. Surat di balas surat. Melawan dia. Pergh. Belum buka lagi dah bau harum. Camno mat. Tergugat iman. Sejak dari itu, budak sepi dan minah mula baik dan..... erm, kapel lah kot. Dua-dua mula menanam bunga di dalam hati yg memang sedia ada dgn taman.

Tapi, lama kelamaan, hubungan jadi dingin. Biasalah. Cinta munyet. Tak lama bertahan. Lagi-lagi nak SPM ni. Semua sibuk pasal SPM. Last-last. Hubungan mereka terputus begitu sahaja. Seperti tiada apa-apa. Tapi tak tahulah dari part perempuan. Apa yang dia rasa.

Lepas SPM. masing-masing happy. Sedih pon ada nak tinggalkan kawan-kawan yang dah bersama selama 5 tahun. Nervous? Pon ada. Sebab nak masuk alam baru lepas ni. Lalu pening lah si budak sepi memikirkan tentang masa depan beliau.


Sedang sibuk si budak sepi mengelamun sambil sandarkan pada kenangan, tiba-tiba,

*POW !* Runut bunyi seperti di hentak.

"Nah bro. Sebelum kita masing-masing chow dari sekolah, baik kita settle hutang masing-masing" Berkata si samdol.

"Ape ni weh?" Budak sepi.

"Air Coke. Ingat lagi kan deal kita? Kalau ko dapat tekel awek kooperasi sekolah tuu, aku bagi ko air coke. Entah kenapa aku baru teringat hari ni. Haha."


"......................" Budak sepi.







p/s: Kalau kita buat sesuatu yang tidak ikhlas, kemungkinan kesudahannya pon tidak berapa best. Padan muka. Kan dah jiwa kacau.

Thursday, August 19, 2010

Iftar @ Kuala Lumpur Convention Center

"Rasyid ! Ko nak join majlis berbuka puasa tak 19hb ni?" Aku terdengar suara sumbang bertanya kat aku. "Berbuka kat mana tuu? Berapa ringgit?" Aku berdebat kembali. "Dekat Convention Center, bos market belanja" Berbalas semula suara sumbang itu. Aku tanpa rasa was-was mengatakan "ON !". Tiba pada hari kejadian, aku terus pergi ke majlis tersebut yang terletak sekangkang gorilla dari office aku. Jauh gak lah dari sekangkang kera. Aku pergi dengan staff yg ok sikit dgn aku. Yang lain semua aku tak kenal sangat. Lantak lah. Yang penting makan sodap. Kat sana diorang buat style hotel. Ada banyak booth makanan, antaranya ialah:

  • Nasi lauk
  • Kebab
  • Satay
  • Fresh seafood
  • Daging Salai
  • Aneka kuih dan kerepek
  • Sup utara
  • Goreng nasi dan mee
  • Buah-buahan
  • Ice cream
  • Dan banyak lagi lah.









Aku ambil nasi lauk, kebab ayam, satay dan sudah pasti ice cream. Yang dihiasi sendiri oleh aku dengan meletakkan ice cream choclate swirl dan butterscotch. Dihiasi dengan smarties, chocolate chip, chocolate cair dan ape lagi entah. Not bad. Sedap jugak makanan dia (Tak taulah sebab aku lapar sangat ke hape. Tapi okay lah). Diorang punya service bagus, sebab lepas makan, diorang prepare satu hall besar untuk tetamu solat Maghrib, Isyak dan Terawih di sebelah dewan makan. Waiter diorang pon boleh tahan. Haha. Alhamdulillah. Sampai sahur kenyang.

Wednesday, August 18, 2010

There goes Germany's starlet to Real


The Mesut Ozil's saga has finally ended. The young starlet had already joined Real Madrid in a fees about reportedly 15 Million Euros. The young Germans were highly-rated after a brilliant performance at the South Africa World Cup 2010. I was hoping that Man United will grab him, because i think he can replace the old-timer and legendary Paul Scholes in the middle of the park. Ozil is creative enough to open the play and pass the ball around the players.

Ozil told the Germany Sky press that the intention to moving to Real Madrid is because of the "Special One" Jose Mourinho. He will join his fellow Germany, Sami Khedira at the squad.

This is the list of Real's midfield squad or should i say stars:



  • Diarra

  • Lassana Diara

  • Fernando Gago

  • Xabi Alonso

  • Kaka

  • Sami Khedira

  • Granero

  • Pedro Leon

  • Canales

  • Angel Di Maria

  • Rafael Van De Vaart

  • Mesut Ozil

One word. Pergh.





p/s: Ferguson yet to sign another midfielder but he sign 2 strikers (Chicharito and Bebe) and 1 defender (Chris Smalling). Well. No Mesut Ozil for Man United i guess.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Hari ini, secara rasminya, umat Islam menjalani ibadah puasa. Bulan mulia. Sekali dalam setahun. Pagi tadi aku dengar Klasik Nasional.fm, ada ustaz ni cakap, sangat mulia dan agung bulan Ramadhan ni, jika kita tertinggal sehari puasa atau beribadah, ibarat sehelai kain biasa yang berlubang, walaupun di tampal dengan benang emas sekalipun tidak akan dapat menggantikan kain yang asli. Masya-Allah. Sungguh mulia bulan Ramadhan ni. Semoga kita dapat penuhkan bulan mulia ini dengan amal ibadah. Insya-Allah.

Dulu aku pelik, kenapa puasa? Kenapa kena tahan lapar? Ustaz aku pon terangkan bahawa puasa ni nak mengajar kita melalui apa yang orang susah lalui. Yang kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Untuk mengajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Jadi dalam bulan puasa ni, kurangkan lah mengeluh. Tuhan tak suka orang mengeluh. Ada masalah sikit nak mengeluh. Emosi. Orang lain pon ada masalah juga. Semua orang pernah laluinya. Malah mungkin lebih susah dan teruk daripada kita. Ingatlah bahawa, jika kita dalam kesusahan, ada lagi orang yang susah daripada kita. Ada lagi orang yang tak bernasib baik. Yang lagi susah. Miskin. Tiada ibu bapa. Kurang anggota badan. Dan macam-macam lagi. Meskipun begitu, mereka masih tabah meneruskan kehidupan yang tak seberapa. Kenapa? Mungkin kerana mereka kenal betul-betul erti kesyukuran. Kita ni baru ada masalah sikit dah macam emosi, tertekan dan fikir macam orang lain pon takde masalah macam yang kita alami.

Berikanlah petunjuk-Mu Ya Allah kepadaku dan seluruh umat Islam. Aku tak sempurna. Kami tak sempurna.









p/s: Terfikir pula cabaran sekarang ni. Bekerja di waktu puasa. Memang penat. Tapi apa hak kita untuk mengeluh letih penat? Sedangkan Rasulullah SAW dan Para Sahabat berperang ketika puasa. Masya-Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Bunkface - Soldier

You are a soldier

A rising sun

Wait for the heyday

Look far away

And believe in yourself

Your name's on a shelf

A legend

You are a soldier

The chosen one

Bring back the heyday

Look far away

With respect and decay

Forever we'll stay

Together

And singing life is all that we need

But the lies is all that we see

Raise your hands high up in the sky

Missing secrets you will find

In your heart (3x)

You are a soldier

Light up the night

We are the soldiers

We'll stand and fight

At the end of the day

Forever we pray

For the legend (the legend)

And singing life is all that we need

But the lies is all that we see

Raise your hands high up in the sky

Missing secrets you will find

In your heart (3x)

And singing life is all that we need

But the lies is all that we see

Raise your hands high up in the sky

Missing secrets you will find

And singing life is all that we need

But the lies is all that we see

Raise your hands high up in the sky

Missing secrets you will findIn your heart






p/s: Lagu ni dalam page Facebook Bunkface, diorang tujukan untuk Gaza. Good One !

Maher Zain - For The Rest Of My Life



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


p/s: Lagu yang sangat syahdu dan ke arah ketuhanan. Sangat sweet. Tapi setiap kali aku dengar lagu ni, macam sangat sedih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...