Nuffnang Top

Friday, October 15, 2010

Satu Hari Di Bilik Server

Gua paling tak suka OT atau dalam bahasa ringkasnya kerja lebih masa. Meletihkan dan membosankan di mana semua staff dah mula angkat kaki seorang per-seorang dan memperambuskan diri masing-masing untuk pulang ke rumah.

Ceritera bermula apabila aku kena assist vendor dekat server room iaitu tempat paling sejuk selain peti sejuk beku. Tengah bosan-bosan tengok diorang buat kerja tiba-tiba mamat ni tanya soalan yang amat kontroversi, "Bro, this server room haunted aaaaa?". Pfft. Haunted kapala jimbit beliau. Dah Maghrib begini pula beliau ajukan soalan begini. Lalu memori daun pisang gua mula berputar kembali.

*Masukkan runut bunyi seram*

Al-kisah, kawan aku configure network dekat satu bangunan yang agak lama dan server room-nya berusia puluhan tahun. Server dan switch semua old-skool mari. Diorang ditugaskan untuk menukar server lama kepada yang baru akan tetapi konfigurasi tidak berjaya walhal ianya dilakukan oleh para technician yang di segani dan bukan calang-calang keluang-man. Lalu mereka menukar wayar dan kabel semua, dan mengaplikasikan konfigurasi baru. Lalu macam biasa, bro-bro keluar sebentar menghembus asap rokok, akan tetapi bila pulang semula ke server room tersebut, mereka mendapati, wayar dan kabel di tukar ke tempat asal (iaitu kedudukan kabel yang asal sebelum di ubah oleh bro-bro).

*Masukkan runut bunyi yang catchy*

Lalu bro-bro ni macam dah biaso kena, buat-buat donno tapi member gua yang baru rookie, agak gigil juga berhadapan dengan situasi tersebut. Mereka test lagi cabut kabel dan buat konfigurasi baru. Bro-bro semua keluar semula melempiaskan asap rokok dan patah balik semula ke server room tersebut, lalu benda yang sama terjadi. Akan tetapi, mereka tegar, menguatkan semangat dan melakukan solat hajat. Memohon petunjuk yang maha Esa. Kali ni, bro-bro biar kabel mengikut struktur lama dan tidak mengubahnya tapi membuat konfigurasi baru berdasarkan struktur lama server dan kedudukan lama kabel tersebut. Alhamdulillah jadi.

Berbalik kepada situasi gua. Nasib baik gua selamat keluar dengan tiada apa-apa kejadian yang tidak di ingini berlaku.






p/s: Whenever i enter the server room, the coldness inside the server room really gives me the chill -.-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...