Nuffnang Top

Thursday, February 23, 2012

MODEL baru PROTON, P3-21A dilengkapi internet 4G

SYED Zainal Abidin (dua dari kiri) menunjukkan PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G ditawarkan kepada pemenang peraduan Facebook 'Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia'.

MODEL baru PROTON, P3-21A, yang akan menjengah pasaran pada pertengahan bulan depan, akan dilengkapi rangkaian internet berkelajuan tinggi, sekali gus menjadikan-nya sebagai kereta keluaran tempatan pertama dilengkapi teknologi hiburan kereta yang serba lengkap.

Pengenalan ciri nilai tambah itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd. “Kami sudah berunding dengan YTL Communications selama setahun dan memeterai perjanjian bersama mereka tahun lalu. Hari ini (semalam) cuma satu langkah kecil.

“Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan kerjasama strategik antara PROTON Holdings dan YTL Communications di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong.

Bagi menandakan kerjasama strategik itu, PROTON Holdings dan Yes menawarkan sebuah kereta PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G bernilai RM100,000 dalam peraduan Facebook ‘Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia’.

Model Inspira itu menampilkan kemasan warna istimewa dengan rim 18 inci edisi khas dan dilengkapkan dengan tiga unit Apple iPad 2 serta ‘router’ mudah alih Yes Huddle yang semuanya direka bentuk khusus dalam kenderaan itu.

Peraduan itu bermula semalam dan berlangsung sehingga 27 Mac ini.
p/s: Pehh. Dapat menang contest boleh dapat Inspira dengan MiFi YES 4G sekali!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...