Nuffnang Top

Monday, June 11, 2012

Kecewa mi celup ada lalat



PASIR MAS – Seorang pelanggan terpaksa memuntahkan makanan yang diambil, setelah mendapati terdapat dua lalat di dalam mi celup yang dipesan dari kedai makan di sini.

Bukan itu sahaja, pelanggan itu dimarahi dan dipersalahkan oleh pengurus kedai, kerana tidak melihat dengan teliti, sebelum makan makanan yang disajikan.

Rakan mangsa yang dikenali Abdullah, 26, berkata, dia kecewa dengan tindakan peniaga itu kerana menyalahkan rakannya kerana kecuaian pekerja.

Menurutnya, pengurus itu tidak sepatutnya bertindak kasar dengan menyalahkan pelanggan, kerana kesalahan itu datangnya daripada tindakan mereka yang tidak menjaga kebersihan.

“Kami meletakkan kepercayaan kepada kedai makan ini, maka tindakan menyuruh kami memeriksa makanan dan mencari lalat sebelum malam adalah tidak masuk akal.

“Pelanggan datang untuk makan bukan menjadi pegawai pemeriksa kesihatan di kedai ini,” katanya, semalam.

Abdullah berkata, kedai makan yang popular dalam kalangan pelajar ini, kelihatan cantik di bahagian luarannya, namun mereka tidak menyangka tahap kebersihannya terlalu rendah.

Menurutnya, mereka segera keluar dari kedai itu kerana kecewa dengan sikap peniaga yang tidak memohon maaf, sebaliknya berterusan menyalahkan pelanggan.

Katanya, dia tidak akan menjejakkan kaki di kedai itu, sedangkan sebelum ini dia adalah pelanggan tetap kedai berkenaan.

Abdullah turut menasihati peniaga ini, agar berubah sikap dan meletakkan keutamaan kepada pelanggan, sekali gus menjaga kebersihan ke tahap yang cemerlang.

“Saya berharap, pihak Kementerian Kesihatan memeriksa premis perniagaan ini, kerana saya tidak mahu pelanggan lain turut dimarahi pengurus kedai ini kerana termakan mi celup ‘lalat’,” katanya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...