Jazimin (kanan) bersama peguam, Nik Mohamad Anuar Badiruddeen memfailkan saman terhadap FAM. - Foto Rosdan Wahid
Kuala Lumpur: Seorang pereka grafik yang cedera kekal di mata kerana terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak tahun lalu, memfailkan saman terhadap pihak berkaitan.
Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, menamakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat dalam tuntutan ganti rugi RM776,000 di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam, melalui Tetuan N M Main & Associates. Ganti rugi
Beliau menuntut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi khas RM100,000, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutannya, Ahmad Jazimin mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menonton perlawanan bola sepak Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan pasukan Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lalu.
Ahmad Jazimin mendakwa, beliau dan penonton lain memasuki stadium tanpa melalui sebarang saringan atau pemeriksaan badan oleh penjaga pintu masuk atau polis.
Source
No comments:
Post a Comment