Nuffnang Top

Thursday, September 13, 2012

2 Lelaki Homoseks Ditahan Ketika Sedang Berasmara Dana




KUANTAN: Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.

"Saya sering meronda di kawasan itu dan terserempak pasangan songsang memadu kasih, namun sebelum ini tidak berpeluang menangkap mereka.

"Namun, awal pagi itu usaha saya tidak sia-sia apabila bukan saja melihat adegan jijik mereka, malah mencekup pasangan terbabit," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pasangan itu duduk berpelukan di bangku belakang pokok sebelah hujung kawasan pusat rekreasi berkenaan yang gelap dan sunyi.

"Jika hendak diceritakan aksi mereka memang memualkan. Selepas yakin mereka pasangan homoseksual, kami menyergah mereka.

"Pada mulanya mereka berdolak-dalih, namun selepas digertak akan dibawa ke balai polis, seorang daripada remaja itu mengaku mereka sedang asyik melepaskan nafsu songsang masing-masing," katanya.

Fairuz berkata, seorang daripada mereka iaitu yang berumur 19 tahun medakwa berasal dari Johor dan menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar ini manakala lelaki berusia 20 tahun pula menetap di bandar ini dan sudah bekerja.

Menurutnya, ketika ditanya, pasangan songsang itu mengaku mereka pergi ke Taman Gelora untuk memadu asmara dan memaklumkan ramai lagi rakan mereka yang mencintai rakan sejenis menjadikan kawasan itu sebagai lubuk melepaskan gelora nafsu songsang.

"Dari segi fizikal, mereka sama seperti lelaki sejati. Jika tidak melihat sendiri perlakuan jijik mereka, pasti kita tidak menyangka mereka hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

"Perkara itu membimbangkan dan pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu yang drastik bagi mencegahnya, apatah lagi sebahagian mereka pelajar IPT.

"Kami penduduk di sini juga tidak mahu kawasan rekreasi Taman Gelora terus dicemari dengan aktiviti jijik golongan itu," kata Fairuz.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan mengenai gejala seks songsang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, jika ada aduan, pihaknya akan menahan pelaku terbabit dah mereka boleh dikenakan hukuman.

"Undang-undang berkaitan golongan homoseksual dan lesbian sudah diluluskan dan akan diwartakan di Pahang dalam masa terdekat.

"Mana-mana pelaku tidak kira lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan boleh didakwa melakukan seks di luar tabii jika siasatan membuktikan mereka melakukan perbuatan sumbang itu," katanya.

p/s: Dah nama pun Taman Gelora. LULZ!

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...