Nuffnang Top

Sunday, September 30, 2012

Jamah nasi berlauk babi


KUALA LUMPUR: Hari pertama bekerja secara sambilan dengan sebuah syarikat pengurusan tiket bertukar menjadi detik hitam buat 11 remaja apabila mereka dihidangkan nasi berlaukkan daging babi sebagai menu makanan tengah hari.

 Kejadian berlaku Selasa lalu ketika semua pekerja itu sedang berehat selepas menjaga kaunter tiket di sebuah stadium menimbulkan rasa tidak puas hati biarpun sudah dimaklumkan mereka beragama Islam.

Salah seorang mangsa, Mohamad Azraai Anuar, 18, berkata, dia dan rakannya dimaklumkan perkara itu oleh pekerja bukan beragama Islam yang menegur mereka sebaik menjamah daging di dalam nasi berlauk terbabit. Katanya, daging babi berkenaan dicampur di dalam bungkusan yang dihantar pekerja restoran dan hanya mengetahui kandungan lauk itu selepas diberitahu beberapa orang ‘senior’ menyebabkan salah seorang daripada mereka memuntahkan kembali makanan.

“Saya berlari mendapatkan rakan lain untuk memaklumkan perkara itu dan bertindak bertemu penyelia kami untuk mendapatkan penjelasan. Terkejut apabila diberitahu memang daging babi yang dihidang dan majikan pula hanya memberi alasan dia tidak tahu ada pekerja Islam,” katanya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...