Nuffnang Top

Wednesday, December 5, 2012

Facebook dituduh 'curi' data pengguna


NEW YORK 4 Dis. - Facebook dituduh melakukan 'pencabulan  data' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar  dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web jaringan  sosial itu.

Laman sosial itu pada Jumaat lalu mula meminta pengguna aplikasi telefon  bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali sebagai Photo  Sync.

Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar dalam  telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan sosial  tersebut.

Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun pengguna  tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan rakan-rakan  mereka.

Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan  termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan teknologi  pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di dalam gambar  tersebut.

Pakar berkata, pada peringkat asas, Facebook boleh menggunakan maklumat itu  untuk mereka iklan khas berdasarkan lokasi.

"Bagaimanapun, digabung dengan teknologi pengecaman muka, keadaan itu  membolehkan Facebook mengetahui secara automatik siapa rakan-rakan pengguna dan  di mana mereka,'' kata pakar. - Agensi

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...