Nuffnang Top

Thursday, June 27, 2013

Labah-labah Bersarang Lima Hari Dalam Telinga





Seorang wanita dari sebuah perkampungan jauh dari bandar Beijing, China, tidak menyangka telinganya telah dihuni oleh seekor labah-labah kecil sejak lima hari lalu.

Menurut doktor, kes berkenaan bermula apabila wanita itu mendapatkan rawatan kegatalan telinga di Hospital Besar Changsha kemudian mereka menemukan haiwan invertebrata pemangsa itu di dalam saluran telinganya.

Korea Selatan lancar perkhidmatan LTE-A paling laju


 SEOUL - Syarikat pembekal perkhidmatan telefon bimbit utama di Korea Selatan, SK Telecom semalam memperkenalkan rangkaian mudah alih generasi baharu, LTE-Advanced (LTE-A) yang pertama di dunia.

Rangkaian terbaharu itu menawarkan kelajuan dua kali ganda berbanding rangkaian LTE sebelum ini. Ia juga sepuluh kali lebih pantas berbanding perkhidmatan telekomunikasi Generasi Ketiga (3G).

Perkhidmatan LTE-Advanced yang boleh didapati di Seoul dan 40 bandar lain tidak lama lagi itu akan membolehkan para pengguna untuk memuat turun sebuah filem hanya sekitar 40 saat.

Ia dilancarkan bersama versi LTE-A baharu telefon pintar Samsung Galaxy S4. SK Telecom menyatakan sebanyak enam model telefon pintar yang bersesuaian dijangka ditawarkan pada separuh masa kedua tahun ini.

"LTE-A akan menawarkan perkhidmatan tambah nilai mudah alih baharu yang boleh membawa perubahan inovatif kepada kehidupan pelanggan kami," kata Presiden Network Business Operations di SK Telecom, Park In-Sik.

10 Sebab Kenapa Lelaki Mandul





Tahukah anda kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun anda berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut kami senaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul.

1. Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma.

2. Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.

3. Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.

4. Akibat dari penyakit varicoles atau hernia. Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.

5. Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu. Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...