Okay. Semua orang pernah buat kerja gila atau pelik-pelik. Ini adalah senarai kerja gila (dan mungkin kelakar) yang pernah aku buat selama aku dekat bumi Allah ini:
Strategi Gila 1:Dulu aku pernah seludup masuk bilik guru untuk mendapatkan semula tape game Sega aku yang di rampas oleh guru disiplin aku. Time tuu jangan cakap lah. Macam McGuyver dah gua nih. Siang-siang usha bilik guru, tengok mana jalan tikus yang boleh di tembusi. Lalu aku nampak satu lubang yang memisahkan partition bilik guru itu dengan bilik study untuk memuatkan satu air-cond yang panjang. Tapi dulu gua kurus gila beb. Boleh muat punya, takde hal. Malam-malam gua selamber masuk dengan tekad tinggi. Adrenaline rush jangan tanya lah. Membuak-buak sampai keluar kat hidung. Apa yang buat sampai aku dapat push buat kerja gila ini? Ye. Sebab aku takut mak aku marah aku. Ye. HAHAHA. Time tuu memang gila kentang lah. Cuak gila. Dan akhirnya, Operasi Bilik Guru berjaya dengan baik. Tape game dapat di temui semula. Esoknya, gua berdebar gak time perhimpunan sekolah. Takut kantoi cikgu panggil kat depan ke, ape ke. Nasib baik takde apa-apa. Yeah !
Strategi Gila 2:
Masa tadika kadang-kadang aku selalu buat benda-benda pelik. Ada sekali tuu, aku tengah naik basikal dengan mak aku, mak aku "carry" aku dekat belakang. Dengan style budak-budak aku menghayun kaki aku kat belakang basikal aku sambil lalala~ Sekali *prap* basikal berhenti. Rupanya ibu jari kaki sebelah kanan aku tersangkut dekat tayar belakang basikal
*Ouch!*
Terbaring jugak aku buat beberapa hari. Kecil sangat kot time tuu. Tak tahan. Kesian mak aku time tuu. Sedih tengok aku.
Tuu okay lagi kot. Lagi satu ni agak brutal jugak lah injury aku di mana masa tuu time rehat dekat tadika. Kena beratur nak masuk tempat makan. Aku pula boleh pergi jumpa member aku yang dah ada dekat sebelah tempat makan yang di pisahkan oleh partition. Aku merangkak ala-ala kuda nak tengok dia. Last-last *pow*, aku jatuh. Dagu kena lantai dahulu.
*Triple Ouch!*
Dekat tempat aku jatuh tuu rupanya ada atap bocor. Ada air menitik dari atas. Tak pasal-pasal aku tergelincir dan shuffle dengan dagu kat tempat tuu. Korang bayangkan time tuu aku macam ada dua mulut sebab luka agak besar dekat bahagian dagu aku tuu. Time tuu cikgu aku gila menggelabah. Dia offer aku bermacam jenis air. Sebab takut tengok kecederaan aku. Haha. Lepas tuu mak aku datang. Kesian dia lagi. Sedih tengok aku. Sampai sekarang parut dia ada lagi. Nak tengok boleh tanya gua. Gadis SAHAJA okay.
Strategi Gila 3:
Aku pernah pergi Chilling Waterfall dekat Kuala Kubu Bharu. Memang cantik. Dekat bawah waterfall yang mencurah-curah tuu, memang dalam. Orang-orang yang dah terjun dalam tuu pon tak pernah rasa dasar dia. Kitorang ada buat shooting gambar terjun-terjun depan tuu. Al-kisahnya. Terjunan ke-3 aku terlajak masuk ke kawasan dalam itu. Haha. Aku pon tak rasa dasar dia. Aku cuba berenang ke kawasan cetek tapi tak dapat. Kena tarik balik dengan arus kuat waterfall tuu. Lepas tuu aku terasa batu dekat kaki aku, aku try kuis pon tak dapat gak. Nasib baik member aku dekat-dekat situ. Diorang nampak macam gua jiwa kacau je, terus diorang buat operasi menyelamat. Tu antara detik paling cemas dalam hidup aku. HAHA. Gila! Gila! Gila!
Strategi Gila 4:
Kawan aku pernah ajak pergi Pulau Besar, Melaka. Bajet murah katanya. Rupanya pulau macam deserted island. Ada orang pergi tapi untuk macam ziarah kubur kat situ. Ada satu kubur ni agak panjang. Aku tak tau diorang buat ape kat situ. Aku pon tak nak amek port sangat sebab aku tak suka jaga tepi kain orang. Tapi lu orang paham-paham sendiri lah ye. Nak kata menyesal datang sini, nak buat macam mana, dah sampai. Nak marah member yang ajak, member pulak. Dia punya ferry nak ke sana, pergh, gila takot. Macam nak pecah dan karam. Siap ada kes sebelum ni, ferry karam kat pulau tuu. Malam tuu jangan cakap lah beb. Gila horror. Dengan takde lampu dan elektrik, suasana memang menusuk tulang hitam dengan angin sejuk pantai lagi. Malam tuu kitorang Isyak dekat surau sana, nasib baik sana ada elektrik. Boleh kitorang charge handphone. Tapi kitorang kena sound dgn imam(kot) kat situ. Dia agak marah sebab kitorang charge kat surau tuu. Dia cakap "Nak, korang tak boleh buat semena-mena kat pulau ni. Kalau korang niat baik datang sini, takpe. Kalau niat tak baik, akan di balas dgn yang tak baik".
Kitorang pon macam "............................."
Lepas keluar surau tuu kitorang tengok-tengok gelang dekat satu gerai kecik ni, tengah tengok gelang, ada sorang member aku ni, yg berdiri kat depan aku, pandang aku dengan muka minta pelempang, dia tanya aku "Cid, ko tepuk aku ekk?". Aku pon macam "Mana ada dol. Aku tengah tengok dgn pegang gelang-gelang ni kot". Member aku dah buat muka nak terkucil.
Time tuu bulu roma kitorang semua naik. Penjual tuu boleh plak senyum je ".........................."
Dekat situ ada Istana Bunian. Member aku ajak pergi sana. Aku sound balik. "Korang gila ke ape. Ko nak pergi, pergi lah. Kalau jumpa betul baru tau!". Terus semua tak nak pergi. Malam tuu kitorang tak boleh tidur. Tiba-tiba boleh plak ada orang menjerit-jerit. Ada sorang mamat ni cakap sorang-sorang dekat area restoran yang juga dekat dengan area kitorang. Memang seriau. Bayangkan masa pagi yang hening dan senyap dalam pukul 1-2 pagi, dia boleh pula buat hal macam tuu. Memang tak boleh tidur. Lama jugak lah dia cakap sorang-sorang, kuat pulak tuu. Ada sekali tuu dia macam datang dekat dengan camp kitorang sebab rasa macam suara dia kat sebelah camp kitorang. Keesokan harinya, memang bersyukur sangat dapat tengok matahari. Boleh balik. HAHA. Tengah kitorang sarapan kat restoran kat sana, kitorang pon tanya orang situ pasal orang yang cakap sorang-sorang malam tadi. Diorang cakap, orang tuu macam kurang waras. Tapi aku tak tau lah. Dah malas nak amek port. Yang penting, Alhamdulillah, selamat sampai rumah.
p/s: Ada banyak lagi kot kerja gila yang aku buat. Kalau aku teringat, aku post lagi ye!
DONT TRY THIS AT HOME YA LADS !