Nuffnang Top
Wednesday, December 26, 2012
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 20, 2012
Samsung Galaxy S II and Note to receive Android Jelly Bean 4.1.2 in January
Although most of the loyal users of Galaxy S II and Note expected the Jelly Bean update to arrive before the holidays, this news isn't all that bad.
According to a recent leaked test ROM, both devices will skip the initial Jelly Bean rollout, and move directly to the 4.1.2 version. The update is set to bring all the well-known Jelly Bean goodies, as well as some of the Note II features.
We already have official confirmation from Rogers (Canadian carrier), saying that the JB 4.1.2 update will reach the S II and Note II in late January.
Now, if we take under consideration that unlocked models always receive new firmware before the carrier-locked ones, this means that an early January rollout seems almost sure.
Labels:
IT Freaks,
Random News,
Techies
Wednesday, December 19, 2012
YouTube Rewind 2012
Youtube rewind back all the videos that went viral and popular in 2012. Quite cool. You can go to http://youtube.com/rewind for all those videos.
Wednesday, December 5, 2012
Kes Aminulrasyid di tembak: Koperal Jenain bebas
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.
Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Calgary Hitmen’s Teddy Bear Toss 2012.
21,453 teddy bears were thrown onto the ice at the Scotiabank Saddledome in Calgary, Alberta as part of the Calgary Hitmen’s 18th annual Teddy Bear Toss game. The 16,912 fans were encouraged to bring teddy bears to the game and throw them onto the ice when the home team scores its first goal. In the game’s first period Pavlo Padakin scored the home team’s first goal and called the goal ‘unreal’ as teddy bears began flying onto the ice. It took about 45 minutes to clear the bears from the ice, from there the bears will be distributed to needy children.
Source
Cucu berani mati: Baling sabit elak kena rogol
TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.
Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.
Labels:
FAILED,
Gila,
Random News
Facebook dituduh 'curi' data pengguna
NEW YORK 4 Dis. - Facebook dituduh melakukan 'pencabulan data' secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web jaringan sosial itu.
Laman sosial itu pada Jumaat lalu mula meminta pengguna aplikasi telefon bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali sebagai Photo Sync.
Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar dalam telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan sosial tersebut.
Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun pengguna tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan rakan-rakan mereka.
Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan teknologi pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di dalam gambar tersebut.
Labels:
Facts,
IT Freaks,
Random News
Monday, December 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)