Nuffnang Top

Monday, September 10, 2012

Giliran artis Julie Woon disamun di One Utama !



3 September 2012

Kuala Lumpur - Beberapa hari lepas (27 Ogos), pengacara dan juga personaliti TV, Julie Woon telah dirompak ketika sedang berhenti di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu telah menyebabkan Julie Woon panik dan tidak sempat berbuat apa-apa tindakan.

Dalam kejadian itu, seorang penunggang motorsikal dan pembonceng telah memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang hadapan Julie Woon dan mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad didalamnya. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompetnya tidak diletakkan didalam beg tangannya ketika itu.

Menurut Julie Woon lagi, pada mulanya dia dapat melihat sebuah motorsikal melalui dan melihat kedalam keretanya. Namun, tidak sampai beberapa saat kemudian, datang lagi sebuah motorsikal dan memecahkan tingkapnya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...