Nuffnang Top

Wednesday, June 10, 2009

FISE Futsal Tournament @ XTreme Park


27 Mei 2009: Lah. Ada tournament futsal esok? Camne aku nak cari budak. Dah laa majoriti bdk2 TSE semua hanya tahu compile dan run program Java dan main game dota. Nasib baik ada sesetengahnye yg boleh menendang bola. Keeper pulak takde. Celah mana nak cari. Nasib baik Adi a.k.a Dida menyukarelakan diri utk membantu team TSE (walaupon beliau berasal dr puak TCN). Hasrat baik beliau di tohmah oleh segelintir masyarakat yg memandang sinis jasa beliau dan menuduh kami merasuah beliau. Hasrat kami baik kerana beliau tidak akan dapat bermain 1st team kerana mereka sudah mempunyai seorang lg goal keeper. Drpd mensiakan bakat terpendam beliau (dan merugikan yuran penyertaan beliau) alangkah lebih baik dia tolong team kitorang kan.



Rakan2 dr TCN sugguh cemburu dgn kehadiran pom-pom girl dr TSE yg di wakili oleh rakan2 dr TSE (kami tak suruh mereka jd pom-pom girl okeh). Almaklumlah. Tiada perempuan yg berminat nk masuk course Networking. Banyak cable dan port. Pening katanye. Encik leeming yg ketagihan sorakan dr pom-pom girl cuba menarik perhatian dgn berpura2 cedera. Bagus gk idea die. Ramai yg simpati terhadapnye. God job lads ! LOL.



Namun, tahniah di ucapkan kepada team TCN kerana mereka mendapat tempat kedua dan mendapat air strawberry sebagai hadiah. Dapat gk aku rase air strawberry tuu walaupun mereka memberi air tersebut dgn nada sinis dan perlian yg tidak kurang pedasnye daripada menu baru dr KFC iaitu Spicy Hot Chicken.



Walaupon kami tak menang tapi ok lah, dapat gak team yg di susun last minit. Team yg sebenar tidak di turunkan pada hari tersebut dgn alasan demam panas lah, tiada duitlah, assignment lah dan bermacam2 lagi lah. Dan di bawah ini adalah sekitar acara tersebut berlangsung:





p/s: Dah lama tak main futsal. Haih~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...