Nuffnang Top

Monday, June 21, 2010

Job Post Here and There

Lepas makan, macam biasa, lepak kat ground floor depan menara maxis sorang-sorang sambil menghirup udara segar (hehe). Sambil-sambil tuu boleh mengelamun tentang masa depan dan tengok gelagat orang kehulu dan kehilir.

Tengah sedap-sedap mengelamun, datang lah seorang mamat ni yang tak dikenali meng-approach aku, dari Great Eastern katanya. Sambil menghulurkan bisnes kad beliau, beliau memperkenalkan diri beliau dan bertanya adakah saya bekerja di bank juga. Setelah berborak kosong, beliau menjemput saya untuk datang ke ofis Great Eastern pada hari sabtu ini. Ada pengambilan staff untuk bank itu mungkin dalam bahagian Insurans. Katanya untuk orang bumiputera kerana kadar orang kita yang bekerja di institusi perbankan adalah rendah.

Pelik jugak memandangkan sekarang ni susah nak cari kerja dengan ekonomi yang tak berapa menentu sekarang tapi orang sekarang menggunakan kaedah "direct approach". Mungkin kerana mereka hanya mahukan staff yang berpengalaman sahaja. Tapi saya tak berminat untuk post itu kerana saya pon ada kontrak selama setahun bersama dengan syarikat sekarang ini dan sudah pasti saya tak berapa berminat sebenarnya dengan evironment perbankan. Terlalu "sunyi dan skema". Tapi kita sebenarnya tak boleh memilih sangat kalau nak bekerja ni. Mula dari bawah dulu. Lepas dah ada pengalaman yang luas, barulah kita baru boleh demand. Ramai pelajar yang baru graduate dan menggangur, mungkin kerana terlalu memilih pekerjaan. Jadi kepada rakan-rakan di luar sana yang berminat, datang lah ke Great Eastern di KLCC ni jikalau berminat dengan post perbankan insurans ini.




p/s: Nak kerja. Dapat gaji yang banyak. Lepas tuu kahwin ! HAHA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...