Nuffnang Top

Monday, February 28, 2011

Post Jiwang (18SX)


Time: 6.50PM

Date: 28 February 2011

Venue: Office Level 1, Menara Maxis.




Okay. Aku dah lama tak update blog, sekali topik tak boleh nak blah kan. Hahahaha. Okay. This is just food for thought. Aku dah lama wondering pasal benda ni (since kat luar pon hujan, aku tak boleh balik, baik merapu di sini)

Cinta? Sayang? Dua perkataan yang mungkin sama makna dan mungkin tidak. Bagi aku ada sedikit (atau banyak perbezaan). Cinta. Ada orang cakap ni feeling yang unik. Berbeza dengan sayang di mana cinta ni macam starstruck atau brain freezed sebentar. You get that kinda feeling when you see or met someone that you never knew before. Aku pernah alami benda ni sebelum ni.

Case 1: Dah lama dah cerita ni. Dekat 7-Eleven rumah aku. Aku nak singgah beli top up, sebelum bukak pintu tu hati aku cam berdebar. Aku cari roti dulu sebelum nak ke kaunter beli top up, tapi hati masih lagi berdebar. Sampai kaunter, aku pandang lah minah cashier ni tiba-tiba aku macam kena starstruct di bahagian jantung. Macam degupan berhenti buat beberapa saat. Minah cashier tu pon macam ala-ala kena starstruck jua. Tiba-tiba aku jadi macam malu. Tapi lelaki kena control macho juga bib. Gua try control dan blah dari 7-Eleven tu macam takde ape-ape berlaku. Masa nak all the way chow tu, aku pandang je minah tu dekat cermin kedai tu, rupanya minah tu pon usha aku jugak sampai kitorang dua orang dah tak nampak kelibat masing-masing. Weird eh. Padahal minah tu biasa je. Takde lah lawa mana pun. Cupid tembak anak panah? Atau kitorang pernah jumpa sebelum ni? Or just a random bullshit? Hey, who knows. Apa yang pasti, aku ada datang balik dekat 7-Eleven tu dan tak pernah jumpa lagi minah tu dekat 7-Eleven selepas jumpa dia hari tu.

Case 2: Aku dah lama kerja kat company ni, tapi tak notice pula amoi comel sorang ni. Masa aku nak buka pintu besar dekat receptionist, tiba-tiba kena starstruck lagi. Bukak je pintu tu, aku ternampak amoi tu kat depan aku. Amoi ni is a kinda shy person and chances of her to talk to me is like 0.001% but guess what? Dia tegur aku. Tapi just tanya pasal normal question pasal life and biodata je. Tiba-tiba aku rasa ada kimia di situ. Tapi at the same time, aku tanya macam-macam kat dia jugak. Aku try masuk line, nak ajak dia lunch sama ke, tapi last-last dia cakap hari ni last dia kat company ni. I'm like, what theeeeeee. I never seen her since then.




Ada lagi kut situation ni tapi ni je yang aku ingat. I mean, what is this feeling and situation man. You get starstruck then you will never ever seen that particular person again. Damn weird. Is that you called L.O.V.E? Go figure. I also don't know. Just random thought.


Sayang? Simple. Perasaan yang korang akan jaga atau care orang itu. Tak kisah lah kepada gadis ke, teruna ke, family ke dan benda ni amek masa yang lama untuk develop. Selalunya bila kita "ngam" dengan orang tu, kita akan dah boleh start sayang dekat dia. Sayang family pulak adalah fitrah sejak kecil. Benda tu memang ada dalam setiap family. Bak kata pepatah, "air yang di cincang tidak akan putus". Bila kita dah sayang seseorang tu, kita akan sanggup buat apa sahaja untuk dia. Satu perasaan yang best dan rasa diri kita di hargai. Oleh itu, janganlah mempersiakan rasa sayang seseorang itu ataupun take it for granted. Dan saya takkan sia-siakan perasaan sayang seseorang itu. :)









p/s: Cinta dan Sayang yang teragung itu, hanya untuk yang Maha Esa.

2 comments:

The Amanda Halim said...

Minah 7e tu agak2 dalam lingkungan umur brape?.and topup tu mmg dah bayar ke? ;b

top_ace7 said...

Tak sure tapi time tu dia muda lagi lah. Macam sebaya aku pon ada. Topup tu sudah semestinya bayar! Jantung je berdegu laju, Tapi fikiran masih normal! hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...