Nuffnang Top

Saturday, January 28, 2012

Zizan Raja Lawak Tolak RM18K Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus




Al Kisah, rupanya Zizan Raja Lawak telah ditawarkan RM18,000.00 untuk menhadi pengacara sambutan tahun baru 2012 di ICity Shah Alam pada malam 31. 12. 2011 yang lepas.

Walaubagaimana pun dia menolak permintaan tersebut kerana Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu, tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namun atas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.

Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.


Source



p/s: Alhamdulillah. Semoga dengan kehadiran artis seperti Zizan dapat menarik anak muda ke arah event seperti ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...