Nuffnang Top

Tuesday, April 17, 2012

Sesama Mat Indon Bergaduh, Anak Dara Msia Yg Mati !



KUALA LUMPUR — Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam tadi, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah.

Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam tadi.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.— BERNAMA



Find a job and win RM500
Shell Helix is giving away prizes worth over RM200,000. Here's how you can win them.
Teh Tarik is definitely 100% Malaysian. What else makes YOU proud to be Malaysian?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...