Nuffnang Top

Thursday, August 19, 2010

Iftar @ Kuala Lumpur Convention Center

"Rasyid ! Ko nak join majlis berbuka puasa tak 19hb ni?" Aku terdengar suara sumbang bertanya kat aku. "Berbuka kat mana tuu? Berapa ringgit?" Aku berdebat kembali. "Dekat Convention Center, bos market belanja" Berbalas semula suara sumbang itu. Aku tanpa rasa was-was mengatakan "ON !". Tiba pada hari kejadian, aku terus pergi ke majlis tersebut yang terletak sekangkang gorilla dari office aku. Jauh gak lah dari sekangkang kera. Aku pergi dengan staff yg ok sikit dgn aku. Yang lain semua aku tak kenal sangat. Lantak lah. Yang penting makan sodap. Kat sana diorang buat style hotel. Ada banyak booth makanan, antaranya ialah:

  • Nasi lauk
  • Kebab
  • Satay
  • Fresh seafood
  • Daging Salai
  • Aneka kuih dan kerepek
  • Sup utara
  • Goreng nasi dan mee
  • Buah-buahan
  • Ice cream
  • Dan banyak lagi lah.









Aku ambil nasi lauk, kebab ayam, satay dan sudah pasti ice cream. Yang dihiasi sendiri oleh aku dengan meletakkan ice cream choclate swirl dan butterscotch. Dihiasi dengan smarties, chocolate chip, chocolate cair dan ape lagi entah. Not bad. Sedap jugak makanan dia (Tak taulah sebab aku lapar sangat ke hape. Tapi okay lah). Diorang punya service bagus, sebab lepas makan, diorang prepare satu hall besar untuk tetamu solat Maghrib, Isyak dan Terawih di sebelah dewan makan. Waiter diorang pon boleh tahan. Haha. Alhamdulillah. Sampai sahur kenyang.

6 comments:

azrinaanuwi said...

Ni dah mcm kat kenduri kahwin dah ni. Bos Aminul Rasyid, lain kali belanja lah rakan2 nya juga. HAHA.

top_ace7 said...

Hoi. Gua machai je. High paid office boy katanya. Katanya lah. HAHA.

zchr said...

aiskrim tuuuu! *gulp

azLina z. said...

Muka maintain jambu ja ! Hahhaha.

top_ace7 said...

zatil: mantap kan? saya buat sendiri tuu ! Haha.

ina: muka penuh kekenyangan tuu. terpaksa posing. hahahaha.

top_ace7 said...

zatil: mantap kan? saya buat sendiri tuu ! Haha.

ina: muka penuh kekenyangan tuu. terpaksa posing. hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...