Nuffnang Top

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Hari ini, secara rasminya, umat Islam menjalani ibadah puasa. Bulan mulia. Sekali dalam setahun. Pagi tadi aku dengar Klasik Nasional.fm, ada ustaz ni cakap, sangat mulia dan agung bulan Ramadhan ni, jika kita tertinggal sehari puasa atau beribadah, ibarat sehelai kain biasa yang berlubang, walaupun di tampal dengan benang emas sekalipun tidak akan dapat menggantikan kain yang asli. Masya-Allah. Sungguh mulia bulan Ramadhan ni. Semoga kita dapat penuhkan bulan mulia ini dengan amal ibadah. Insya-Allah.

Dulu aku pelik, kenapa puasa? Kenapa kena tahan lapar? Ustaz aku pon terangkan bahawa puasa ni nak mengajar kita melalui apa yang orang susah lalui. Yang kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Untuk mengajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Jadi dalam bulan puasa ni, kurangkan lah mengeluh. Tuhan tak suka orang mengeluh. Ada masalah sikit nak mengeluh. Emosi. Orang lain pon ada masalah juga. Semua orang pernah laluinya. Malah mungkin lebih susah dan teruk daripada kita. Ingatlah bahawa, jika kita dalam kesusahan, ada lagi orang yang susah daripada kita. Ada lagi orang yang tak bernasib baik. Yang lagi susah. Miskin. Tiada ibu bapa. Kurang anggota badan. Dan macam-macam lagi. Meskipun begitu, mereka masih tabah meneruskan kehidupan yang tak seberapa. Kenapa? Mungkin kerana mereka kenal betul-betul erti kesyukuran. Kita ni baru ada masalah sikit dah macam emosi, tertekan dan fikir macam orang lain pon takde masalah macam yang kita alami.

Berikanlah petunjuk-Mu Ya Allah kepadaku dan seluruh umat Islam. Aku tak sempurna. Kami tak sempurna.









p/s: Terfikir pula cabaran sekarang ni. Bekerja di waktu puasa. Memang penat. Tapi apa hak kita untuk mengeluh letih penat? Sedangkan Rasulullah SAW dan Para Sahabat berperang ketika puasa. Masya-Allah.

2 comments:

AZ said...

Betul ! Harap Ramadhan kali ni dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.

top_ace7 said...

Amin. Insya-Allah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...