Nuffnang Top

Friday, September 7, 2012

Penyamun terjun kondo dari tingkat 14 elak ditangkap !



AMPANG: Malang bagi seorang penjenayah apabila dia menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium ketika cuba melarikan diri selepas penghuni rumah yang dicerobohinya menyedari tindakannya dalam kejadian di Taman Cempaka, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit dipercayai terlebih dulu memperdayakan pengawal keselamatan di kondominium berkenaan selepas kehadirannya tidak disedari mereka dan naik ke tingkat 14 serta memecah masuk sebuah rumah di situ.

Menurut sumber, dia menggeledah rumah terbabit sebelum menemui dompet mengandungi wang tunai dan dokumen pengenalan diri.

“Lelaki itu yang masih tidak berpuas hati dengan hasil rompakan terus menggeledah barangan dalam rumah itu.

Malah, ketika leka mencari barangan berharga, perompak terbabit terkejut apabila tiba-tiba pintu rumah dibuka sebelum pemiliknya masuk menyebabkan dia yang panik melarikan diri ke dapur,” katanya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...