Nuffnang Top

Wednesday, September 5, 2012

Risiko dan Bahaya Mengunakan Kad Debit



Saya galakkan IM baru guna kad debit namun ada kebaikan dan kelemahannya. Untuk mendapat Kad Kredit, saya pasti ramai yang tidak melepasi kelayakan yang dikenakan. Ini adalah kerana bank mensyaratkan jumlah pendapatan yang tertentu bagi melayakkan kita memohonnya. Cara yang paling mudah ialah mengunakan kad debit kerana ia tidak mensyaratkan jumlah pendapatan tertentu. Pelajar, surirumah, pengangur… semua layak untuk mengunakan kad debit.

Tahukah anda debit kad juga mempunyai keburukan berbanding kad kredit?

Antara kelemahannya:

1.Tiada Perlindungan

Disebabkan syarat kelayakan memilikinya yang rendah. Perlindungan yang ditawarkan bagi penguna kad debit juga kurang.Boleh dikatakan tiada perlindungan bagi setiap transaksi sebagaimana kad kredit. Kad kredit membenarkan transaksi diterbalik ( dispute charges). Bagi kad debit, takde. Pembelian dengan kad debit sama seperti anda beli secara tunai. Ia duit anda. Bukan duit bank sebagaimana kad kredit.

2. Transaksi Online

Sesetengah kad debit dihubungkan terus ke akaun bank sebagaimana kad debit Maybank. Ia memudahkan kita membuat bayaran online. Namun, ia juga mempunyai risiko kehilangan wang dari akaun bank anda kerana transaksi online ini. Jika scammer memperoleh maklumat kad debit anda, habislah duit dalam akaun anda. Saya tak gunakan kad debit yang terus dihubungkan terus ke akaun bank utama saya. Saya risau ini terjadi kepada saya. Saya gunakan kad debit yang saya perlu topup setiap kali nak guna. Ia lebih selamat daripada kehilangan wang dari akaun bank saya. Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat kad debit anda sesuka hati.

3.Pembelian Besar

Jangan gunakan kad debit untuk pembelian barangan yang mahal harganya di internet. Ini berkaitan dengan kelemahan yang pertama diatas. Jika sebarang penipuan berlaku, duit anda akan hilang tanpa dapat dikesan. Ia berlainan sedikit jika mengunakan kad kredit.

Ini adalah antara risiko dan bahaya kad debit. Namun, terdapat banyak kelebihan kad debit yang boleh membantu kita mengawal kewangan kita. Bagi saya, risiko tersebut hanya masalah kecil sedangkan banyak kelebihan yang boleh diterima oleh pengguna kad debit.

Cuma saya kurang gemar kad debit yang terus disambungkan ke akaun bank. Jika maklumat kad diperolehi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Mungkin kes kehilangan wang didalam akaun akan kembali lagi menghantui masyarakat kita.Ia meletakkan wang kita dalam bahaya.

Saya lebih sarankan anda mengunakan kad debit yang tidak disambungkan ke akaun bank. Jika sebarang yang tidak baik berlaku. Wang anda masih selamat kerana hanya wang yang berada dalam kad debit sahaja yang terlibat. Ia bukannya wang simpanan anda dalam akaun anda.Inilah yang saya khuatirkan untuk membuat kad debit Maybank.

Harap Maybank tetapkan limit untuk setiap transaksi menerusi kad debit. Nanti mungkin timbul pulak kes duit dalam akaun simpanan lesap tanpa dapat dikesan lagi. Saya risau ia akan dieksploitasi oleh sendikit penjenayah yang mencuri wang dari akaun menerusi kad debit.

Apa yang minta ialah hati hati mengunakan kad debit Maybank dan juga AL-Rajhi.

Anda mempunyai pilihan lain seperti kad debit Public Bank, Tune Money, Aliance Bank dan Eon Bank. Kad debit ini tidak menawarkan sambungan terus pada akaun bank. Malah kita tidak perlu membuka akaun bank dengan mereka untuk mendapatkan kad debit tersebut.

Saya suka mengunakan kad debit berbanding kad kredit. Ini adalah kerana apa yang saya belanjakan adalah duit saya. Bukannya hutang dengan bank. Ini secara tidak langsung membantu dalam pengurusan kewangan peribadi dan juga perniagaan internet saya.Ini adalah kerana saya perlu memasukkan duit terlebih dahulu ke dalam kad debit sebelum boleh mengunakannya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...