Nuffnang Top

Monday, June 3, 2013

Pembantu bot pisang di PD mati lemas





Seorang pembantu bot pisang atau banana boat maut dipercayai lemas selepas bot dinaiki terbalik di Pantai Cahaya Batu 4 Port Dickson, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohd Syahir Hashim, 34, membawa enam penumpang dari Pantai Saujana ke Pantai Cahaya yang dipandu Muhamad Fadil Muhamad Zain, 21.

Muhamad Fadil berkata, kejadian berlaku apabila tali penghubung antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik.

“Ketika itu saya memandu bot, Mohd Syahir duduk di belakang. Sebaik tiba di Pantai Cahaya, saya membuat pusingan untuk pulang ke Pantai Saujana tetapi tiba-tiba tali pengikat antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik.
“Semua penumpang terjatuh ke dalam laut termasuk Mohd Syahir,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, air pasang dan semua penumpang memakai jaket keselamatan termasuk dia dan Mohd Syahir.

“Sebaik melihat penumpang terjatuh ke laut, saya segera terjun untuk menyelamatkan mereka.

“Selepas kesemua enam penumpang naik ke atas bot, saya menyedari Mohd Syahir tidak ada bersama kami dan mendapati hanya jaket keselamatannya sahaja terapung tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya yang memberitahu Mohd Syahir baru sebulan bekerja sebagai pembantunya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...