Nuffnang Top

Thursday, June 20, 2013

Tahukah Anda US Area51? Kawasan Yang Penuh Misteri


Melalui perisian GoogleEarth™, Pengkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di lokasi yang dikenaliArea 51 telah berjaya dirakamkan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pengkalan tersebut langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Tiada langsung kelibat kapal terbang, jet pejuang mahupun helikopter.

Cuma yang dapat dilihat adalah tiga buah binaan yang mempunyai binaan yang pelik; sebuah piramid dan dua buah bangunan yang janggal.!





Area 51 sememangnya bereputasi sebagai sebuah tempat yang misteri. Orang perseorangan yang tiada pas tentera tidak dibenarkan masuk. Ia adalah lokasi yang cukup rahsia. Ramai mempercayai kerajaan Amerika Syarikat membina pelbagai alatan ketenteraan canggih terutama membabitkan tentera udara di Area 51.

Ini dapat dibuktikan apabila ramai saksi kerapkali melihat jet pejuang Stealth Bomber lama sebelum Stealth Bomber diperkenalkan secara rasmi semasa Perang di Afghanistan.

Itu belum lagi cerita-cerita mengenai kemunculan piring terbang (UFO) yang terlampau kerap di Area 51. Ini menguatkan teori bahawa Area 51 sememangnya lokasi bagi pembuatan alatan canggih ketenteraan Amerika Syarikat.

Lokasi bawah tanah Desas-desus menyatakan kerajaan Amerika Syarikat telah membina tapak pembinaan di bawah tanah yang cukup canggih dan berteknologi tinggi. Ia diperkuatkan dengan lokasi Area 51 dilihat daripada udara langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Dengan kata lain, ia langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan yang sering diwar-warkan sebagai antara sebuah pengkalan tentera udara yang canggih.

Sekarang, pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dirakam menggunakan GoogleEarth™ di Area 51. Apakah benar mereka membina rangkaian pangkalan bawah tanah yang serba canggih dan moden?



Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...