Nuffnang Top

Friday, October 29, 2010

I Just Don't Know

Bulan ni memang amat-amat mencabar untuk aku. Berat je hati. Macam-macam berlaku sejak kebelakangan ni. Ingatkan nak ambil langkah berhati-hati dan bawak slow lepas dah kena accident dulu, tapi kena lagi. Mungkin benda ni kita tak boleh nak jangka. Kadang-kadang bawak laju kena, bawak slow pon boleh kena accident. Mamat tuu boleh pulak brake emergency depan aku, alasan dia, dia cakap nampak ada orang nak masuk kanan, padahal dia yang nak masuk kanan. Simpang tuu sememangnya dah nak lepas tapi dia nak masuk jugak lalu dia dengan bangangnya membrek emergency depan gua. Dah berderai motor aku. Nasib baik aku luka-luka sikit je. Jaket tebal. Baru je nak angkat dan start motor aku balik, tak pasal-pasal kena maki dengan polis. Malu dude. Terbang lagi RM100 nak kena repair motor tuu.

Takpelah.

Mungkin ujian Allah. Lepas accident, selalunya kenderaan tuu akan ada problem. Parent aku cadangkan suruh beli motor. Kawan aku kat bengkel tuu pon suruh angkat motor baru sebab motor tuu asyik terlibat dengan accident je. Takut ada something wrong. Tapi tak yah laa kot, sebab sayang sangat motor tuu. Sejak dari kolej banyak berjasa dengan aku. Susah senang sama-sama. Nak pergi mana sama-sama. Duit pon takde lagi ni. Lepas tuu dia buat hal lagi dekat federal highway dekat tepi jalan kereta. Brek belakang grip habis. Aku tak boleh gerak. Lalu aku cuba tolak, lepas tuu press minyak habis-habisan, Alhamdulillah boleh gerak tapi brek still grip. Aku kena guna gear 1 dengan 2 je. Enjin pon time tuu dah bau hangus.

Aku amek keputusan untuk naik lrt KJ memandangkan jarak agak dekat, walaupon jauh lagi. Lalu motor gua buat hal lagi. Brek terus mencengkam habis. Aku sangkut dekat tengah-tengah kesesakan lalu-lintas dekat area KJ. Malu time tuu jangan cakap lah. Dah tak tau nak buat apa. Sedih sangat. Lalu aku cuba tolak sedaya-upaya ke tepi jalan. Lepas tuu cari bengkel motor berhampiran. Alhamdulillah, nasib baik ada.

Sekarang ni gaduh dengan bestfriend pula. The best "best-friend" i've ever had. Tak sangka dia boleh cakap aku sebegitu rupa, tanpa bertanya dan berbincang dulu. Tapi takpe. I'll take the blame. Pedih hati. Sakit hati. Rindu pon ye juga. Hope there's something to this.






p/s: Ustaz aku pernah pesan, kalau kita asyik di timpa kesusahan, mungkin itu adalah kifarah dosa yang dah kita lakukan. Aku pon berpegang dengan prinsip yakni "kalau kita dalam kesusahan, ada lagi yang susah daripada kita dan kurang bernasib baik". Kena sentiasa bersyukur. Alhamdulillah.

4 comments:

azLina z. said...

Babe, Allah bagi hujan ribut dulu sebelum bagi matahari. Kadang-kadang tu gaduh dengan kawan macam a blessing in disguise. Boleh kukuhkan lagi persahabatan kau dan dia. Aku tak tau apa cerita tapi kalau dua-dua pihak sayangkan friendship yang korang bina, insyallah, takde badai yang tak boleh korang harungi. Cuma perlukan azam yang kuat. :)

Amacam pep talk ni ? Ada meninggalkan kesan ?

top_ace7 said...

Ye Ina. Ada meninggalkan kesan. Terima kasih kerana memberi pep talk yg bersemangat.

Anonymous said...

be strong acid....-nea-

top_ace7 said...

thanks nea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...