Nuffnang Top

Wednesday, April 25, 2012

Pokok Betik Berwajah Manusia: Ladang bakal dilawati Sultan Johor !

MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam


PONTIAN 23 April - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.

"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.


p/s: Biar BETIK!

Source

Find a job and win RM500
Shell Helix is giving away prizes worth over RM200,000. Here's how you can win them.
Teh Tarik is definitely 100% Malaysian. What else makes YOU proud to be Malaysian?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...