Nuffnang Top

Thursday, May 27, 2010

AK Farewell Stories.

Mengantuk adalah sejenis perasaan yang hanya boleh di hilangkan dengan tidur yang nyenyak. Mantapkan hipotesis aku? Akan tetapi sekarang tengah kerja pulak. Mengikut teori tata-susila kerja, kemungkinan untuk aku kena silambam dengan team leader aku, jika tertangkap tidur di office adalah 99.9%. The risk that not worth taken. Kerja pulak tak banyak. Tapi tadi dapat gak naik tangga dari tingkat 1 sampai 5 ada network problem tadi(konon nak excercise tapi turun naik lif pula. hehe.). Balik office masih, ye diulangi dengan huruf besar, MASIH lagi mengantuk. Haih~

Hari ni hari last AK (ye. bukan senapang AK-47 tapi salah sorang staff kat sini). Diorang ada buat farewell party ala-ala party kelas sekolah rendah, sebab diorang buat dalam kelas dan makan nasi lauk. Hip dan grand kan. Tetapi kami tak boleh ikut sebab kena jaga office. Haha. Bagus jugak sebenarnya kerana tidak perlu membayar cukai RM13 utk party itu tapi masih lagi dapat gak laa merasa kek choc moist ape kejadah entah namanye yang di tapau oleh team leader.

Next week turn aku pula yang chow dari sunway ni. Tapi tak ramai staff yang tau lagi. Tak tau laa diorang rindu kat aku ke tak. Haha. Takpe laa. At least aku boleh lepak2 petang dengan kawan2 petrosains.




p/s: Dapat jugak jumpa awek finance kecik molek manis bertudung yuna tadi. Susah betul nak jumpa dia sebelum ni. Senyum gak dia dekat aku. Hehe.

2 comments:

zatil said...

awek finance kecik molek manis bertudung yuna? ehhemm! =p

top_ace7 said...

eheemm2. haha.
dia comel laa. kalau dia datang office mesti usha dia. HAHAHA ! *evil laugh*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...