Nuffnang Top

Sunday, October 10, 2010

Raya Versi MotoGP dan Viva Drift

Wow. Semalam memang raya yang adventuristik. Kitorang beraya di rumah Wani dekat Selayang. Memang agak jauh. Lagi-lagi bg aku yang duduk Shah Alam ni. Tapi memang berbaloi-baloi. Makanan memang sodap. Ado lontong, mee sup, soto, nasi goreng, ayam goreng, popia inti kentang, bla, bla, bla and etc. Kenyang beb.


Asalnye kitorang nak pergi beraya dua rumah hari tuu, lagi satu rumah Esan tapi masa tak mengizinkan. Si Azran pula ada tournament MotoGP tapi sayangnya beliau tak dapat menang sebab nervous sangat kot, maklumlah buat dekat concourse level, satu KLCC dapat tengok. Tapi takpe, Masih lagi dapat consolation prize seperti topi, bag dan baju semuanya brand jam terkenal iaitu Tissot. Memang fulley !




Balik tournament kitorang bantai lagi makan dan lepas Maghrib kitorang chow tapi agak lambat jugak lah sebab ada satu "kes" berlaku di rumah Wani yang menyebabkan kitorang balik lambat sikit. Haha. Balik nak ke Shah Alam, aku gerak dengan member aku Az sebab dia pon memang nak ke arah Shah Alam nak melawat Aysel dan kakak beliau. Itu first time gua balik Shah Alam guna highway Duke dan tembus ke Plus.

Menggagau juga ya lads, dah laa gua hampir langar kucing yang selamba melintas depan mata masa gua tgh bantai 110km/h. Selamber je melintas dekat jalan yang tanpa ada zebra crossing. Tak pasal-pasal gua drift macam ala-ala Fernando Alonso. Sampai dekat Shah Alam pula, salah amek simpang sebab dekat susur keluar Bukit Jelutong tuu memang ada banyak simpang yang kecil dan gelap. Nasib baik gua dapat cover balik masuk Seksyen 13. Hahahaha. Lepas dapat melawat Aysel yang comel, kitorang pon balik rumah masing-masing. Tapi memang hari yang best !





p/s: Esok ada Raya Gathering dekat Petrosains pula. Makan free lagi ! Fulley !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...