Nuffnang Top

Thursday, September 23, 2010

Terjah Raya Versi Melaka

Wow. Raya tahun ini agak meriah juga ye yop. 16 Sept bersamaan dengan Hari Malaysia, aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk ke Melaka. Rumah Diba. Memang agak gila kentang. Gila jauh. Tapi si Put ni beriya lain macam ajak kitorang, lalu kitorang pon setuju. Hahaha. Okay jugak. Boleh jalan-jalan area Melaka. Kitorang gerak ke Melaka agak lewat iaitu pada pukul 1.30 tengah hari dan sampai dalam pukul 3.30 petang. Jauh dude. Lenguh back side gua driving.


Tapi tak sia-sia kitorang datang, makanan memang mantop, iaitu Nasi Lemak, Ayam BBQ, Laksa, Kek, Kuih-Muih dan apa lagi entah.


Lepas kenyang-kenyang dan sembang-sembang, kitorang pon singgah dekat Pulau Pengkalan Balak. Cantik walaupun air dia macam dah kotor sikit. Masa nak balik semula ke rumah Diba, satu kejadian memalukan berlaku, kereta bergerak tapi bonet lupa nak tutup. "Bang, bang. Bonet tak tutup bang !" jerih seorang mat rempit pulau. Pergh. Malu beb. Kang apa orang kata. Bawak kereta pandai tapi bonet boleh lupa nak tutup. Ini sirius punya kes. Ya lads? Hahahaha.



Kitorang gerak balik KL pada pukul 8.30 malam. Ni lagi 1 perkara gila yang kitorang buat. Kitorang berhenti dekat tepi Highway Plus yang gelap utk berbincang macam mana nak hantar budak-budak semua. Dah lah gelap highway tuu, lori kontena banyak lalu dan hon. Terus gua sound untuk terus gerak. Kena toron dgn lori dari arah back side kang, memang sia-sia kang!


Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah walaupun agak lambat sedikit.

Okay, macam biaso, group photo (Azran tiada semangat pahlawan langsung)




Ini Pahlawan Tak Serius namanya.






p/s: Thanks to Diba and her family ! Makanan diorang memang melazatkan !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...