Nuffnang Top

Friday, June 15, 2012

Warga asing semakin banyak berkeliaran di gerai2 makan!



KUALA LUMPUR: Kehadiran beberapa warga asing menjual rantai kunci dan barang hiasan untuk mendapatkan ‘wang mudah’ di sekitar pusat komersial Bangsar, di sini, menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.

Warga asing terbabit termasuk ‘Mat Salih’ yang tidak dikenal pasti status sebenar menyasarkan pelanggan yang menjamu selera di premis makanan kawasan berkenaan untuk meraih simpati dengan menjual barangan mereka.

Malah, ada segelintir mereka ini berlagak seperti orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, meletakkan rantai kunci pelbagai corak berharga RM10 berserta dengan sekeping nota di meja pelanggan.

Tinjauan Harian Metro di sekitar pusat komersial Bangsar mendapati selain orang asing, warga tempatan yang bukan OKU meminta sedekah daripada pelanggan di kedai makan. Wartawan Harian Metro ketika meninjau keadaan dengan menjamu selera di sebuah kedai makan di pusat komersial itu selama sejam didatangi tiga individu warga asing termasuk orang tempatan yang meminta sedekah dan menjual rantai kunci.

Walaupun tiada paksaan untuk menderma, perbuatan individu terbabit mengganggu pelanggan yang mahu menikmati makanan selain menganggap permintaan mereka melampau kerana menganggap jumlah itu banyak.

Pengunjung, Roslan Ahmad, 32, berkata, kehadiran ‘pengemis’ terbabit menyebabkan dia kurang selesa mengunjungi premis makanan di kawasan itu kerana sering didatangi individu yang meminta derma.

“Memang tidak tenteram duduk di kedai makan kerana selepas seorang pergi, menyusul lagi individu lain yang menjual rantai kunci untuk menderma atau meminta sedekah. “Saya tidak pernah memberi wang kepada mereka kerana berasa ragu dengan status OKU mereka,” katanya. Katanya, tindakan warga asing terbabit menimbulkan tanda tanya kenapa mereka perlu meminta derma memandangkan keadaan fizikal segelintir mereka kelihatan sempurna dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

“Saya juga pernah didatangi seorang Mat Salih yang menjual rantai kunci dengan harga RM10 dan dia bukan bisu, malah tubuhnya sihat,” katanya.

Sementara itu, Siti Nadirah Abdullah, 27, berharap pihak berkuasa memandang berat masalah ini kerana individu terbabit mengganggu ketenteraman pelanggan.

“Selain di Bangsar, terdapat beberapa kawasan sekitar ibu kota menjadi tumpuan warga asing menjual barang hiasan dan meminta derma dengan cara seperti ini,” katanya.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...