Nuffnang Top

Thursday, February 21, 2013

Ratusan warga Bangla RAGE di pejabat Suruhanjaya Tinggi Ampang!



KUALA LUMPUR - Demonstrasi aman oleh kira-kira 250 warga Bangladesh yang ditipu majikan di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Jalan Ampang di sini bertukar kecoh apabila segelintir daripada mereka gagal mengawal emosi dengan bertindak menendang pintu pejabat kedutaan tersebut.

Demonstrasi yang diadakan sejak pagi Ahad lalu itu dikatakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap majikan mereka yang didakwa menipu mengenai pembayaran gaji dan gagal menyediakan permit kerja untuk mereka. Kumpulan warga Bangladesh itu difahamkan bekerja dengan sebuah syarikat dalam sektor pembersihan hospital di ibu negara, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Seorang daripada mereka, Hatim Gazi, 39, mendakwa, dia dan rakan-rakannya terpaksa mengadakan demonstrasi itu apabila majikan mereka tidak membayar gaji seperti yang dijanjikan sejak beberapa bulan lalu.

P/S: Kasi hantam sama itu pintu!

Artikel Penuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...