"Bro" Satu suara garau ala-ala Hugh Grant menyapa.
"Sini ada kosong. Duduk lah sini"
Orang dah jemput, kita duduklah kan.
Lalu aku berkenalan dengan beliau iaitu Sam dan rakannya Kay. Tak sangka Kay akan menjadi classmate aku dan bestfriend aku ketika diploma. Macam romantik pula bunyinya walau Kay itu seorang lelaki.
Talk dah habis. Lalu gua dan Kay mula melilau meredah gunung-ganang, ribut taufan Katrina dan lautan bara api dengan tujuan memantau mencari rakan seperguruan. Lalu berjumpalah dengan beberapa rakan classmate yang lain. "Alaaa. 3 orang je ke aweks dalam kelas ni. Gila bosan" Getus hati kecilku.
Tapi lama kelamaan. Aku rapat dengan seorang aweks kecik ni, ala-ala tomboy sikit. Korang faham-fahamlah kalau tomboy ni macam mana. Tak faham? Cari kat Wikipedia. Tapi takpe. Gua bagi definisi sedikit di mana hikmat cubit dan tumbukan beliau mencapai tahap Fong Sai Yuk 3000 kali per saat. Dahsyat kan? Aku pon tak tau macam mana boleh rapat dengan perempuan yang berperibadian tomboy ni. Mungkin sebab kami ikhlas berkawan.
"Nah Am. Hari ni birthday kau kan. Ambil lah hadiah yang tak seberapa ni" kata Shiha sambil menghulurkan cenderahati yang selalu terdapat di tepian pantai.
Aku tergamam.
"Wahh. Susah-susah je kau ni. Kenapa kau tak belikan aku kereta Volkswagen terus?" Lalu gua nampak beliau mula mengangkang dan membuka kuda-kuda. Gua apa lagi. Terus buka hikmat elemen defensif yin yang. Tapi malang. Tak sempat. Sedebik gua kena kat bahu. Habis gugur beberapa helai bulu ketiak.
"Alamak. Gurau je pon. Papehal. Thanks laa ye. Tak sangka ko ingat birthday aku" Gua berkata.
Pergh. Hati mula berbunga beb. Baru dapat hadiah macam tuu pun hati dah berbunga. Gila hati tisu. Hari-hari pasang lagu Taman Rashidah Utama. Nak amek feel katenya. Hari-hari calling. Hari-hari sms. Kalau takde credit, dulu ada sistem di mana Maxis tidak mengecas 5 saat pertama dari panggilan yang di buat. Apa lagi. Mulalah macam orang indon buruh binaan main walkie-talkie. Tanya sepatah. Jawab sepatah.
Macam biasa. Setiap perhubungan, lama-kelamaan akan menjadi dingin. Mungkin bosan. Mungkin tidak ikhlas. Mungkin ambil mudah. Siapa tahu? Tapi kali ini gua tak nak ia berlaku lagi. Aku cuba untuk berbaik semula dengannya. Tapi dia seakan cuba untuk menjauhkan diri dari aku. Aku pon tak tau mana salah silap aku.
Satu tentang perempuan ni kalau tuan dan puan ingin tahu bahawa, jika seseorang lelaki telah melakukan apa-apa kesilapan, selalunya mereka tidak akan memberitahu kesilapan lelaki tersebut. Lelaki itu hendaklah mengesan atau menghidu sendiri apa kesalahan mereka. Ya. Saya tahu. Memang susah. Nak buat camno kan. Tapi beliau masih tetap menjauhkan diri denganku.
Argh ! Malas pula aku nak amek port pasal benda ni. Baik aku konsentret studi. Kejap lagi ada quiz. Pergh. Ni kuiz ke PMR ni? Bapak ahh susah. Nasib baik gua dah park note kecik dekat toilet (Dont try this at home or college).
Masa nak keluar je si shiha ni buat muka tak boleh belah. Muka nak dua posen. Ahh. Lantak lah. Gua ada misi lagi penting untuk ke toilet. Kalau tak, habis kuiz ni aku tak boleh jawab.
Dah 5 hari aku tak nampak Shiha. Tak sihat ke? Kena chikungunya ke? Hamstring injured ke (Macam player bola sepak pula)? Nak tanya kat budak-budak lain, segan pula. Nanti diorang kata aku jilat ludah semula. Terhegeh-hegeh. Tak malu. Dah tak rapat, tiba-tiba tanya pasal Shiha pula. Okay. Cukup. Lebih-lebih pula.
Tapi aku tak tahan. Daya inkuiri aku memang tinggi. Lalu aku cuba tanya Kay. Rupa-rupanya, beliau dah pulang ke kampung halaman beliau di Negeri Sembilan. Tak dapat bawa course ni katanya. Diorang sepakat tak nak beritahu aku, sebab takot aku menggedik nak emo, poyo nak buat muka. Argh. Alasan dia tak munasabah. Lalu aku cuba menghubungi beliau menerusi telefon jimbit. Argh buat kesekian kalinya. Gagal. Tukar nombor mungkin.
Masa berlalu. Minah tuu pon aku dah dengar dah bertunang sekarang. Sebab tuu ke beliau berhenti dari kolej. Atau ada kemungkinan lain. Entah. Aku pon tak tau.
Malas nak ambil tahu.
Satu lagi pengajaran untuk hati aku. Yup.
p/s: Lelaki jangan selalu layan lagu slow dan sedih. Nanti jadi hati tisu.
3 comments:
Btl. org pempuan mmg bile laki bt silap tk reti cmne nk bgtau. Pndi2 la..
Hmm..kesedihan lagi..bila nak sampai part hepi gilerr ni...;p
Anonimos: Alamak. Kenapa anonimos? Hmm. Tu laa. Tapi kadang2 bila kita tanya, awek tuu kadang2 tak kan beritahu kat mana salah silapnya. Tuu yang susah tuu.
Fai: Tungguuuuu...
Post a Comment